“Terharu, Sebak dapat Berjumpa DYMM TMJ, Ya Allah TMJ Sangat baik” Ustaz Ebit Lew

Johor : Terkini Ustaz Ebit Lew dipanggil mengadap kebawah duli yang maha mulia sultan Johor .

Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. hrhcrownprinceofjohor . Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku

memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua

team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual

berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma

orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau

paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat.

Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.

Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah

rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami-ebitlew

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Alhamdulillah semoga Ustaz Ebit Lew dan team terus memberi sumbangan kapada masyarakat.Terima kasih DYMM TMJ.

Sumber : IG Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*