Home Petua Tips Bakat nyanyian dibandingkan dengan Saloma, Nabila Razali sedih dikritik belajar setahun masih...

Bakat nyanyian dibandingkan dengan Saloma, Nabila Razali sedih dikritik belajar setahun masih tak mahir –

151
0

TINDAKAN seorang gadis memuat naik sebuah video TikTok membandingkan bakat nyanyian Nabila Razali dengan biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma tular dan mendapat reaksi penyanyi Peluang Kedua itu.

Menerusi rakaman tersebut, individu itu berkongsikan ‘syarahan’ pensyarahnya mengenai kemampuan Nabila mengambil masa setahun untuk belajar menyanyi berbanding Saloma yang hanya mengambil masa sehari.

Menyedari perkara itu, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 29, menerusi Instastory berkata, dia tidak mengetahui apa tujuan sebenar individu tersebut memuat naik video yang hanya menyebarkan kebencian.

“Saya tidak tahu apa niat dia untuk buat video macam ini. Selalunya saya hanya abaikan sahaja kandungan video seperti ini… tapi kali ini ada beberapa perkara yang perlu saya jelaskan.

Luahan Nabila di Insta Story.

“Saya sedar tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri… dan betul ada sesetengah orang ambil masa yang lama untuk belajar sesuatu.

“Kita semua dilahirkan berbeza, keluarga berbeza, pergi ke sekolah berbeza serta mempunyai keupayaan berbeza. Terima segala kelebihan dan kekurangan anda dengan sebaik mungkin.

Menurut penyanyi lagu Pematah Hati itu lagi, individu tersebut seharusnya memberikan kritikan membina, bukan hanya mencari peluang untuk menjatuhkan semangat orang lain.

“Jangan sesekali jatuhkan orang lain hanya kerana anda rasa diri lebih hebat daripada mereka. Sebaliknya, beri sokongan kepada mereka… sama-sama maju ke depan.

“Bagi kritikan yang membina, bukan menjatuhkan… yang paling penting, percaya segala proses pembelajaran tersebut dan sentiasa ada keyakinan diri,” ujarnya.

Mengakui tergores hati dengan perkara itu, namun Nabila mengambil pendekatan untuk memaafkan tindakan gadis berkenaan.

Nabila berlapang dada memaafkan gadis tersebut.

“Walau apa pun sekali niat dia, tidak mengapa saya maafkan sahaja dia di hari baik, bulan baik ini.

“Saya hanya nak timbulkan kesedaran supaya kita sama-sama gunakan media sosial dengan berhemah.

“Sebabnya, anda tidak akan pernah tahu kadang-kadang kata-kata anda itu boleh ‘membunuh’ impian dan cita-cita seseorang,” katanya.

Pada malam Rabu, sebuah video berdurasi 40 saat tular di laman Twitter memperlihatkan seorang gadis membandingkan Nabila dengan Allahyarham Saloma yang mampu melakukan tugas yang sama dalam masa satu hari sahaja berbanding penyanyi tersebut yang perlu mengambil masa selama setahun bagi memahirkan diri dalam menyampaikan lagu Peluang Kedua.

Individu tersebut berkata, dia tidak mahu menjadikan penyanyi itu sebagai contoh dan inspirasi, sebaliknya hanya menyokong penyanyi berbakat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleTetap kena bayar! Sajat gagal elak langsai ganti rugi RM200,000 –
Next articleTahniah! Lepas Empat Bulan Penantian, Akhirnya Ayda Jebat Disahkan Hamil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here