Home Petua Tips Bapa Angkat Meluahkan Sesuatu

Bapa Angkat Meluahkan Sesuatu

160
0

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar semalam dan kami sekeluarga kini dalam perjalanan pulang ke Rawang, Selangor,” kata Md Tarmidi Yaacob, bapa angkat kanak-kanak lelaki yang mennggal dunia, Jumaat lalu dipercayai akibat dideera.

Md Tarmidi, 53, berkata, sebelum pulang ke Rawang, dia sekeluarga singgah dulu ke Tanah Perkvburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin untuk menziarahi pusara anak angkatnya yang mesra disapa Adik.

“Selesai urusan pengebvmian Adik semalam, kami sekeluarga berehat dan diberi bermalam secara percuma oleh pemilik inap desa.

“Selepas Zuhur tadi, kami sekeluarga bergerak untuk pulang tetapi singgah dulu ke tanah perkvburan bagi memenuhi permintaan isteri (Norlida Abu, 48) dan anak-anak yang mahu menziarahi pusara Adik.

“Kami akan datang lagi ke sini (pusara Adik) cuma tidak tahu bila memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum tamat jadi agak sukar untuk merentas negeri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Portal Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah kanak-kanak lelaki yang ditemukan mennggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka dengan kesan ceedera dan lebam di anggota badan.

 

Jenaazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, di sini, pada 12.40 tengah hari, semalam.

Sebelum itu, jenazah dibawa dari Hospital Melaka pada 10 pagi selepas dituntut wakil keluarga kandung mngsa dan tiba di Madrasah Asy-Syakirin, Kampung Simpang Bekoh sejam kemudian untuk dimandi, dikaafankan dan disembahyangkan.

Polis mengawal ketat madrasah dan kawasan perkvburan dengan mengehadkan kemasukan orang awam.

Hanya ahli keluarga serta beberapa penduduk kampung dibenarkan masuk ke kedua-dua lokasi berkenaan.

Wakil media yang membuat liputan tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan atas permintaan keluarga kandung.

Sumber : Harian Metro

Previous articleApabila Elisya Sandha Sah Bertunang Dgn Anak Sheila Rusly,Sekali Fasha Sandha Datang Mencelah
Next article‘Dikatakan Ebit Lew Tidak Dibenarkan Beri Bantuan’ Sekali Pesuruhjaya P0lis Sabah Bersuara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here