- HIBURAN

‘Beberapa Hari Lepas Zahnita Menegur Neelofa’ Ini Respon Neelofa Yang Win Habis

“SAYA tidak ambil hati dengan ‘posting’ (hantaran) yang dibuat Zahnita kerana saya melihat isu ini dari sudut positif. Namun, lebih manis sekiranya dia menegur secara berdepan atau menerusi DM (direct message) di Instagram”.

Demikian kata pelakon, pengacara dan usahawan popular Neelofa ketika mengulas dakwaan model dan pelakon Zahnita Wilson yang menganggap dirinya tidak menggunakan populariti dimiliki untuk membantu golongan memerlukan.

Neelofa, 30, berkata, dia sedikit ketinggalan mengenai isu terbabit sehinggalah ada rakan yang menghantar komen yang ditulis Zahnita di Instagram itu kepadanya.

“Bila saya tengok (komen Zahnita), saya tidak marah sebaliknya berasa pelik tapi saya faham mesej yang cuba disampaikannya itu. Saya juga suka apabila ada rakan artis yang sama-sama mengingatkan mengenai isu yang melanda dunia supaya saya menjadi lebih peka dengan sesuatu perkara itu,” katanya.

Teguran Dari Zahnita beberapa hari yang lepas

Neelofa berkata, dia tidak ada masalah dengan Zahnita dan bersedia menjernihkan keadaan jika bertemu dalam mana-mana majlis pada masa akan datang.

“Isu ini sebenarnya kecil saja dan ia menjadi tular kerana dia selebriti. Ada mesej yang cuba di sampaikan itu memang ada kebenarannya. Cuma mungkin aktiviti yang saya lakukan tidak sama dengan aktiviti yang diperjuangkannya,” katanya yang menganggap ia perkara biasa dalam era media sosial ketika ini.

“Biasalah kita hidup dalam zaman media sosial sekarang dan orang boleh kata apa saja. Mungkin dengan cara itu dia boleh menarik perhatian ramai,” katanya.

Terdahulu, Zahnita yang juga bekas mentor Neelofa ketika Dewi Remaja dulu turut mencuri perhatian netizen apabila memuat naik paparan skrin daripada Instagram Neelofa dalam akaun peribadinya.

Zahnita juga menulis kapsyen di Instagram seolah-olah cuba memberikan nasihat dan teguran selepas Neelofa berkongsi gambarnya ketika menjayakan kempen Swarovski, baru-baru ini.

Pada masa sama, Zahnita juga antara selebriti terkenal yang sentiasa menyeru orang ramai mengenai kesedaran sejagat dan memperjuangkan pemuliharaan alam semulajadi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *