- semasa

Belanjawan 2019. Ini 12 Highlight Yang Setiap Rakyat Perlu Tahu. No 3 Tu Paling BEST

Belanjawan 2019 selamat dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada petang Jumaat bermula jam 4 petang.

Seperti tahun-tahun sudah, pembentangan belanjawan dinanti-nantikan oleh setiap warganegara bagi mengetahui manfaat yang bakal dinikmati pada tahun depan. Ini 12 highlight Belanjawan 2019 yang mesti semua orang tahu!

1) Bayaran balik PTPTN antara 2%-5%

Pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN dengan kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

2) Pas bulanan pengangkutan awam RM100 tanpa had

Dalam usaha mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya, kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan. Antara yang terlibat perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.

3) Bantuan sara hidup RM500 hingga RM1k

Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

4) Subsidi minyak bersasar

Subsidi minyak secara bersasar kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

5) Kenaikan tol dibeku

Kerajaan turut akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019. Menurut Lim Guan Eng, langkah mengutamakan kepentingan dan hal ehwal rakyat itu bakal memberi kesan kewangan dianggar bernilai RM700 juta.

6) Kemudahan perubatan untuk ibu bapa penjawat awam

Kemudahan perubatan untuk 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dilanjutkan kepada ibu bapa mereka bagi memastikan golongan itu menikmati kemudahan sama seperti penjawat awam tetap.

7) Gaji minimum RM1.1k

Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia selaras dengan keperluan untuk memastikan kadar gaji dapat menampung suasana kos sara hidup.

8) Caruman dikurangkan kepada 4% bagi warga emas

Bagi menggalakkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 ke atas, kerajaan mencadangkan supaya caruman mandatori KWSP bagi majikan dikurangkan daripada 6% kepada 4%.

9) KWSP untuk i-Suri

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-SURI. Melalui skim ini, kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.

10) Hapus kira peminjam hutang 60 tahun ke atas

Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.

11) Subsidi petrol 30 sen

Kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

12) Bayaran khas untuk penjawat awam gred 54

Kerajaan turut mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral

Sumber: Berita Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *