Home Petua Tips ‘Dikatakan Ebit Lew Tidak Dibenarkan Beri Bantuan’ Sekali Pesuruhjaya P0lis Sabah Bersuara

‘Dikatakan Ebit Lew Tidak Dibenarkan Beri Bantuan’ Sekali Pesuruhjaya P0lis Sabah Bersuara

147
0

Kota Kinabalu: “Poliis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ustad Ebit Lew di kawasan itu,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali hari ini.

Malah beliau berkata, polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.

Bagaimanapun, menurut Hazani, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan semata-mata.

“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew.

“Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan perintah berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran,” katanya dihubungi.

Hazani berkata, perintah itu dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengncam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

“Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

“Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib, ia adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit,” katanya.

Terdahulu, kenyataan Ustaz Ebit Lew tular di media sosial yang mendakwa dirinya terpaksa menghentikan misi bantuan kerana tidak dibenarkan melawat ke pulau-pulau sekitar Semporna.

Malah katanya, beliau turut diminta supaya menghentikan bantuan di sekitar daerah berkenaan.

Sumber : harianmetro

Previous articleBapa Angkat Meluahkan Sesuatu
Next article“Peringatan Tegas” Kepada Ustaz Ebit Lew kata Azrul. Inilah Undang2 Yang Boleh Dikenakan Trhdp UEL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here