Home Petua Tips Berjaya Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan, Namun Ustazah Perlu Ikut Kehendak Fouziah...

Berjaya Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan, Namun Ustazah Perlu Ikut Kehendak Fouziah Gous

63
0

Pada bulan Ramadan, ramai umat Islam yang meletakkan target untuk khatam Al-Quran.

Ia adalah satu perkara yang baik untuk memanfaatkan masa yang berharga pada bulan mulia ini dengan melakukan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Pada 29 April 2021, pelakon Fouziah Gous telah memuat naik satu hantaran berkaitan hal itu.

Baca artikel berkaitan: Tak Perlu Mixer, Fouziah Gous Kongsi Resepi Orange Cake

Menurut Fouziah, beliau telah berjaya khatam Al-Quran pada bulan Ramadan, dan paling bermakna apabila ia jatuh pada hari Nuzul Quran.

“اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ

Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya😭. Official khatam 💯 bersama Ustazah Fadzilah.”

Namun Fouziah mendedahkan, ustazah yang memantau bacaannya perlu untuk mengikut kehendak beliau.

“Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup drive datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur , sanggup ikut masa saya dan banyak lagi. اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ”

Tidak mengapalah Fouziah, ia menunjukkan usaha bersungguh beliau untuk khatam Al-Quran walaupun perlu menguruskan urusan harian yang lain.

Sementara itu, ramai yang tumpang gembira dengan pencapaian beliau.

Semoga perkara baik ini dapat dicontohi orang lain juga.

Sumber: Instagram Fouziah Gous

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleRemaja berbangsa Cina aktif borak tentang Islam, tapi ada satu permintaan untuk pengikutnya di TikTok – “Biarlah hati saya tenang…
Next articleCancel Job Sebab Tak Kenal Tya Arifin, Ramai Backup Fauziah Nawi Walau Nampak Seperti Helah Marketing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here