- HIBURAN

” Betis Dan Peha Yang Terselak Sedia Untuk Dipanggang”. Status Che Ta Ini Tarik Perhatian Peminat

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi nasihat kepada orang ramai yang masih tidak peka terhadap cara menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta berkongsi azab yang bakal dihadapi oleh mereka yang sering memandang ringan mengenai isu menutup aurat daripada Ustaz Hadi Fayyad.

” Balasan wanita yang membuka rambutnya kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya berterusan selama ia tidak menutupnya.

” Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi akan digantung di atas apa neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungannya.

” Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang. pedihnya tidak terkira,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Che Ta diatas perkongsian yang dilakukan itu serta berharap dia terus istiqomah dalam menjaga aurat.

” Tkasih ustazah Che Ta atas perkongsian n nasihat…semoga diberkati Allah s.w.t..”

” Wah cantek sis pakai dsh tak ketat ketat. Tapi kami tak bertudung sebab suami marah bertudung. How sis..”

” Semoga che ta pon tros pakai tudung tutup dada. X payah la belit2 kat leher..diselempang ke kiri kanan..tp dada x tutup..semoga tros istiqomah..tq saling memperingati..luv che ta..”

” Bitter gila rakyat malaysia. Dia cakap yg baik baik pun nak kecam. Be positive jela. Dia ingatkan kita, dia dan kita boleh improve sama sama. Love che ta! Selalu update status yg honest..”

Terdahulu Che Ta telah mengakui bangga untuk mengenakan tudung sepenuhnya. Beliau membuat pengumuman tersebut sekitar tahun 2015

Walaupun enggan ditemu ramah, Che Ta melalui suaminya Zain Saidin menjelaskan perubahan itu merupakan suatu rahmat buat mereka sekeluarga.

“ Maaf, Che Ta tidak mahu bercakap lagi, tetapi soal bertudung itu, dia hanya ingin berkongsi perasaan yang dia bangga dengan penghijrahan ini. Bagi saya sendiri sebagai suami pula tentunya bersyukur dengan keputusannya ini.

“ Niat dia untuk bertudung penuh ini memang sudah terbit sejak kami berada di Mekah ketika menunaikan umrah baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Online.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *