“Walau Bukn Ummi Lahirkan Adk Amir Tp Kasih Syg Ta Da Bezanya”Komen Netizen Bila Ebit Lew Ziarah Keluarga Angkat

“Walau adik amir bukan ummi yg melahirkan tapi kasih dan sayang yang ummi bagi pada adik amir sama tak ada beza dengan anak2 ummi yang lain”

“Begitu juga dengan abang dan kakak angkat melayan dan manjakan adik amir seperti adik kandung sendiri”

“semoga ummi dan keluarga semua diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini dan terimah kasih ustaz ebit di atas sikap keprihatinan mu”

Ini antara komen salah seorg netizen yg mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ustaz Ebit Lew.

Ziarah keluarga angkat arwah adik Amir meninggal baru ini di Rawang.

Sampai jer umi dan abah kepada Amir menangis.

Terharu ustaz sampai sini. Terima kasih ustaz.

Saya hadir untuk beri sedikit semangat, doa,dan sedikit hadiah.

Sepanjang berbual dan berkongsi tadi terasa berat sangat ujian buat keluarga ini.

Sempat dengar dan tengok video adik Amir solat, baca surah Al Mulk, minta maaf setiap kali buat salah. Allahuakbar. Dengar kisah dari kecilnya Amir sampai akhir hayatnya.

Masa dengar tentang Amir, saya di Sabah. Berdoa dari jauh jer. Mendengar betapa sayangnya dan manjanya Amir dengan keluarganya dan abang serta kakak angkat.

Betul-betul seperti keluarga.

Sehinggalah mereka berpisah kerana ibu kandung dan ayah tirinya datang ambil. Saya sempat berdoa bersama keluarga.

Menangis jer umi dan abah Amir. Berat ujian ini. Semoga satu hari bertemu kembali dalam syurga Firdaus.

antara komen netizen

Sumber : fb Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*