Home Petua Tips “Ny4wa adik saya tdk boleh diganti” sekali kakak arwh Muhd Akmal bersuara

“Ny4wa adik saya tdk boleh diganti” sekali kakak arwh Muhd Akmal bersuara

161
0

“Nyawa adik saya tidak boleh diganti” antara luahan padu Nur Suhaili kakak kepada arwh Muhammad Akmal .

Keluarga m4ngsa kem4langan, Muhammad Akmal Hakim Misnan, 22, yang m4ut dirempuh pemandu m4buk akan mengambil tindakan undang-undang kerana mahu pelaku dikenakan tindakan setimpal.

Kakak mangsa, Nur Suhaili Misnan, 31, berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu namun hati masih tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhi hukum4n.

Menurutnya, perbuatan pelaku memandu dalam keadaan m4buk sengaja mengundang kecel4kaan kepada orang lain.

“Kami masih tidak percaya perkara ini berlaku pada adik saya.

“Nyawa adik saya tidak boleh diganti dan saya sekeluarga mahu pelaku dikenakan hukum4n setimpal di atas perbuatannya,” kata Nur Suhaili.

“Perbuatan pelaku itu mengheret mereka yang tidak berdosa dengan kesalahannya.

“Saya pasti akan ambil tindakan s4man untuk memberi pengajaran kepada pelaku,” katanya ketika dihubungi pada pagi Rabu.

Pada Isnin, motosikal yang ditunggangi arwah dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki m4buk dalam kejadian di Jalan Sungai Lembing, kira-kira jam 1.10 pagi.

Anak keenam dari tujuh beradik itu bekerja di sebuah di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng di sini disahkan men1nggal dunia di lokasi akibat keceder4an pada bahagian kepala.

Mangsa ketika itu dalam perjalanan dari membaiki motosikal di rumah kawannya di Indera Mahkota menghala ke rumah ahli keluarganya di Kampung Padang.

Menurutnya, arwah sepatutnya bekerja pada hari terbabit namun tidak dapat bekerja kerana mengalami luka-luka akibat terjatuh motosikal sebelum berlaku kem4langan m4ut itu.

“Pada Ahad, arwah ada menghubungi saya untuk memberitahu yang dia ke rumah kawannya untuk membaiki motosikal dan akan pulang setelah siap kerja-kerja membaiki.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila mendapat tahu adik saya meningg4l dunia dilanggar pemandu m4buk awal pagi Isnin,” katanya.

Dia memberitahu, arwah tidak sempat bertemu dengan ibu, Janhnilawati Abdullah Sani,55, walaupun berulang kali menyatakan kerinduan itu kepada rakannya.

Nur Suhaili merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik mengakui melihat banyak perubahan sikap Muhammad Akmal Hakim yang dilihat kurang gemar bergambar.

Katanya, malah arwah banyak memadam banyak gambar yang dimuatnaik di dalam laman sosial.

“Kalau sebelum ini, arwah suka sangat bergambar, tapi sejak beberapa hari lalu saya tengok (arwah) memadam gambarnya di Facebook, Instagram dan kerap menyatakan kerinduan terhadap ibu.

“Rupanya itu adalah petanda untuk tinggal saya sekeluarga,” katanya.

keadaan motor arwh

 

Sumber : astroawani

Previous articleBudak 2 tahun lem4s dalam besen rumah pengasuh
Next articleKebenaran Rentas Negeri? Kini Ini Yg bakal Diumumkan MKN & KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here