Home Petua Tips Budaya “Cancel” Buat Khairul Aming Resah Setiap Hari

Budaya “Cancel” Buat Khairul Aming Resah Setiap Hari

57
0

Khairul Aming adalah nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Namanya kerap kali ‘trending’ di laman Twitter dan sering disebut-sebut ramai. Perniagaan “Sambal Nyet” Khairul Aming laku keras yang melihatkan produknya terjual beribu-ribu botol sehari dan “sold out” dalam masa beberpa minit sahaja. Dia kini adalah selebriti masakan dan ahli perniagaan yang boleh dikatakan jutawan.

Sebelum ini, Khairul Aming ada meluahkan rasa risau melalui satu bebenang di laman Twitter miliknya. Katanya dia tahu ramai yang menunggu dia melakukan kesalahan. Setiap tahun jangkaan orang terhadapnya semakin bertambah dan dia takut satu hari dia tak dapat nak menepati jangkaan orang ramai.

Baca juga: “Kenapa Tak Rekod Video Sebelum Bulan Puasa?” – Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan

Terbaru, Khairul Aming mengaku bahawa dia sebenarnya takut dengan budaya ‘cancel‘ dalam kalangan wargamaya yang semakin menjadi-jadi. Setiap hari dia gementar kerana tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari itu. Mesej-mesej yang diterima di laman sosial yang memintanya untuk sentiasa berhati-hati dengan nama yang dia punya sekarang membuatkannya makin resah dan risau.

Melihat seorang demi seorang artis dan ‘influencer‘ menjadi mangsa budaya ‘cancel‘ pada hari ini, dia sering tertanya-tanya bila gilirannya akan tiba. Dia mengaku selama 4 tahun membuat ‘content‘ di laman sosial ini adalah pertama kali dia tidak menikmati saat- saat membuat video masakan. Dia malu dengan segala pujian yang diberikan dan mengaku tidak mampu untuk hidup dengan jangkaan orang lain terhadap dirinya kerana baginya dia hanyalah seorang manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan suatu hari nanti. Kata Khairul Aming “Saya cumalah seorang lelaki biasa yang suka memasak itu sahaja…”.

Khairul Aming menjelaskan di dalam bebenang ciapannya, bahawa dia hanya mempunyai ‘team’ yang kecil dan rakan serumah untuk menolongnya manakala perkara-perkara lain dilakukannya sendiri termasuklah membeli barang basah. Dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan hampir 3 juta orang.

“Success comes with a price and I’m paying that price now..” ujarnya.

Khairul Aming berharap agar dia boleh terus berkarya dengan selesa dan jika satu hari dia menjadi bahan bagi budaya ‘cancel’ ini dia terima namun dia takkan berhenti dari membuat video masakan walaupun orang ramai tidak mahu lagi menontonnya kerana itu adalah “passion” yang takkan mampu dibuang dari hati.

Apa pun kita doakan Khairul Aming sentiasa dilimpahkan dengan ketenangan hati dan sentiasa gembira dengan apa yang dilakukan. Kita berilah ruang buat Khairul Aming untuk berehat demi kepentingan kesihatannya.

Baca juga: “Memang Power Cara Dia Selesai Krisis” – Ramai Kagum Cara Khairul Amin Tagani Isu “Penjenayah” Sambal Palsu

Sumber: Khairul Aming

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous article“Sebelum bercakap fikir dahulu” – Tak setuju drama Melayu ‘syok sendiri’, Yusof Haslam pula ‘sound’ Presiden Seniman
Next articleLanPetPet Akhirnya Tampil Berltahu Apa Yg Jadi Selepas Kec0h Dia Meng4muk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here