- HIBURAN

‘Buruk Siku Namanya Minta Barang Balik’ Vida Suruh Amaris Pulangkan Hadiah Lama

“Kalau ikutkan saya tak mahu panjangkan isu ini, cuma saya terkilan dan rasa terhin4 dengan kata-kata Datuk Vida. Sedangkan saya tak pernah ada apa-apa isu dengan dan kami masih bertegur macam biasa. Dia mempersoalkan mengenai beberapa kenyataan yang pernah saya keluarkan kepada media sebelum ini dan meminta saya memulangkan semula barang-barang yang pernah diberi olehnya sebelum ini.

Saya tertanya barang apa yang dia pernah bagi tu? Kalau sekadar beberapa helai baju, saya boleh cari semula dan pulangkan secara terbuka. Dia siap kata ‘saya nak sepak awak pun boleh!’. Saya malu apabila dia kata begitu di depan pembantu kami dan bodyguard dia,” demikian kata pelakon Putra Amaris.

Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Ismail, 33, berasa terhina dan malu dengan kata-kata yang diungkapkan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) ketika pertemuan singkat mereka di acara jualan Star Vendors di Sabah pada Ahad lalu.

Bapa kepada seorang cahaya itu berkata dalam perjumpaan itu Datuk Seri Vida meluahkan rasa kurang senang dengan pelbagai isu yang timbul membabitkan mereka. Malah Amaris turut diminta memulangkan semula barangan yang pernah diberikan oleh penyanyi lagu ‘I Am Me’ itu.

Sementara itu, Amaris memberitahu pertemuan mereka itu berlaku dalam waktu singkat kerana dia mengejar waktu untuk ke lapangan terbang. Malah, dia terbuka untuk bertemu Datuk seri Vida secara peribadi di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan isu ini dengan segera.

Justeru itu, dia meminta orang ramai berhenti menghubunginya dan terus menggelarkan sebagai pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida: “Cukuplah kaitkan saya dengan dia, saya tak pernah jadi PA dia. Dulu pun saya hanya bantu dia daripada sudut pemasaran sahaja.

“Sampai sekarang ini orang ingat saya masih bekerja dengannya dan ada yang hubungi saya semata-mata nak tanya tentang isu berkaitan dia. Saya sekarang sibuk uruskan keluarga, bisnes kuih tat ‘Amaris MyTart’ dan wangian ‘Francesc Fragrance’. Tak ada masa nak fikir hal-hal remeh yang lain,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. kekasih Jiwang

sumber : mstar kredit : myartis.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *