Home Petua Tips Polis siasat dkwaan l4nggar SOP. Sekali Annuar Musa Buka Mulut Bagi Penjelasan...

Polis siasat dkwaan l4nggar SOP. Sekali Annuar Musa Buka Mulut Bagi Penjelasan Padu

144
0

” Saya pohon maaf, diharap tiada yang tersinggung,” antara luahan Annuar Musa setelah di panggil polis kerana tak ikut SOP PKP.

Polis akan memanggil Annuar Musa untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ini selepas gambar Menteri Wilayah Persekutuan itu bersama enam yang lain duduk dalam satu majlis jamuan tular di media sosial.

“Kertas siasatan sudah dibuka,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Saiful Azly Kamaruddin seperti dilapor Free Malaysia Today.

Pada hantaran di media sosial semalam yang dipercayai merujuk kejadian itu, Annuar berkata dia cuma duduk sebentar semasa program Pertanian Bandar itu sebelum beredar.

“Tadi semasa di ladang, saya duduk sekejap dan pindah kerana penganjur tak ikut SOP.

“Bukan tak sudi atau tak hargai tuan rumah, tetapi perlu ikut SOP. Saya pohon maaf, diharap tiada yang tersinggung,” katanya.

 

 

Penganjur program berkenaan hari ini memohon maaf kerana gagal mematuhi SOP.

Saiful berkata, laporan itu dibuat di Cheras di mana kejadian berkenaan berlaku.

Ketika ditanya FMT adakah Annuar akan dipanggil untuk disoal siasat, Saiful berkata “Ya sudah tentu”.

 

Polis akan merekod kenyataan Annuar berikutan dakwaan menteri itu melanggar SOP PKP. Foto: The Star

Bawah peraturan PKP, hanya dua individu dibenarkan duduk di setiap meja dalam satu-satu premis ketika makan.

Sebelum ini, Annuar didakwa melanggar SOP yang melarang berjoging lebih dua orang dari rumah yang sama.

Ini selepas tersebar gambarnya berjalan dengan dua lagi individu ketika PKP dikuatkuasakan.

Annuar bagaimanapun mendakwa mereka melalui jalan berbeza sebelum bertembung secara kebetulan.

Boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja

Terdahulu Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan baki keseluruhan perniagaan peruncitan beroperasi semula serta kebenaran makan di restoran bermula esok dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu bagi memastikan kelangsungan ekonomi perniagaan peruncitan iaitu antaranya kedai pakaian dan aksesori, aksesori kereta, kraftangan, kedai permainan kanak-kanak, kedai peralatan sukan dan sebagainya.

“Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah pemilik premis perlu melakukan nyah kuman di premis masing-masing tiga kali sehari, mewajibkan pekerja dan pelanggan memakai pelitup muka dalam premis, memastikan (pelanggan dengan) suhu (badan) lebih 37.5 darjah celsius tidak dibenarkan masuk ke premis.

“Kedai pakaian pula perlu sediakan sarung tangan kepada pelanggan, kedai kosmetik hanya menjalankan aktiviti jual beli sahaja, tidak dibenarkan mencuba produk,” katanya pada sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Mengenai kebenaran makan di kedai makan, Ismail Sabri berkata, ia hanya terhad kepada dua pelanggan untuk satu meja dengan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter di restoran serta pemilik restoran perlu merekodkan butiran pelanggan.

Katanya, butiran lanjut mengenai SOP tersebut boleh didapati di laman sesawang MKN.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, kebenaran bagi kedai barangan fotografi dan perkhidmatan fotografi serta penggunaan studio hanya melibatkan seorang pelanggan dan jurugambar sahaja.

Katanya, penggunaan studio penggambaran tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan gambar pasport, visa dan lesen.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Dungun dan kuarters kakitangannya, esok (Rabu).

Beliau berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 128 saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 51 kes positif Covid-19 direkodkan.

Bagaimanapun baki kes positif di lokaliti berkenaan menunjukkan penurunan serta tiada lagi sampel menunggu keputusan, katanya.

Selain itu, Ismail Sabri juga mengumumkan PKPD di Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang, Perak juga tamat esok (Rabu) setelah KKM mengesahkan kes terakhir dilaporkan adalah pada 4 Februari lepas dan tiada baki sampel saringan sedang menunggu keputusan.

“KKM telah selesai melaksanakan 309 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 27 kes positif C0vid-19 telah direkodkan,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi lokasi PKPD di Pusat Transit Tahanan (PTP) Penjara Marang melibatkan Blok Pusat Latihan Pegawai Penjara Zon 2 dan Zon 3, Penj4ra Marang, Terengganu turut ditamatkan esok (Rabu).

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 76 saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 38 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

Kesemua 38 kes positif tersebut ditempatkan di PKRC dan kontak rapat diletakkan di sel berasingan dan dipantau selama 14 hari,” katanya.

Sumber :Bernama

Previous articleTerbaru Aggota PoIis Yg Ngorat Dan Tanya Gadis Soalan Tak Sepatutnya Sdah Dikenal Pasti Dan Ini Tndakan Bakal Diambil
Next articleSarah ‘sabar dan reda’.Setiap ujian yang datang akn saya cuba tangani – Siti Sarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here