Home Petua Tips Cef Riz Kahwin Kali Ketiga, Chef Wan Teruskan Percutian Di Hawaii –...

Cef Riz Kahwin Kali Ketiga, Chef Wan Teruskan Percutian Di Hawaii – “Saya Berikan Wang Tunai Yang Banyak Untuk Majlis Ini”

75
0

Anak kepada cef selebriti, Datuk Chef Wan, Cef Riz telah selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama pasangan yang dikenali sebagai Nurul.

Berita gembira itu telah dikongsikan Chef Wan sendiri menerusi hantaran di Instagramnya pada Sabtu.

“Tahniah anakku atas perkahwinan ketiganya dan kedua bagi isterinya, Nurul “Kedua-dua mereka datang memohon restu dari saya beberapa minggu sebelum saya berangkat ke Honolulu, Hawaii.

“Disebabkan perancangan ini telah dibuat lebih dua tahun sebelum CVD-I9 lagi, saya memutuskan untuk tidak hadir ke perkahwinan mereka dan meneruskan perancangan saya,” kongsinya.

Dalam pada itu, maklum Chef Wan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu dan sampai masanya untuk membina mahligai bersama-sama.

“Mereka telah bertunang sejak setahun lalu pun, inilah masalah untuk disatukan sebagai suami isteri. Lagipun ini perkahwinan ketiga anak saya, cukulah asyik kahwinkan anak-anak saya ni! “Saya nak meneruskan hidup dengan gembira dan aman damai.

“Semua dah dewasa, pandai-pandailah nak cari kebahagiaan masing-masing pun. Mereka telah mendapat restu saya, baik Serina pun.

Dan saya tak mahukan apa-apa daripada mereka melainkan ucapan gembira buat mereka,” katanya.

Biarpun Chef Wan berada di luar negara untuk bercuti, beliau telah memberikan sejumlah wang tunai untuk anaknya itu meneruskan majlis perkahwinan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


“Saya memberikan sejumlah wang tunai kepada mereka berdua untuk perkahwinan ini. Ingat tu, tak semua ibu bapa akan melakukan hal yang sama dengan menaja 100% perkahwinan mereka.

Kahwin kali ketiga pun bapa itu masih bermurah hati. “Saya cakap kepada anak lelaki saya ketika zaman CVD-I9 ni, jangan bazirkan duit pergi bersanding jemput ramai orang dan membazir itu ini. Cukup nikah, keluarga yang datang mewakili saya, itu dah memadai.

“Bosan saya dengar orang kahwin tak sudah-sudah ni, atau kahwin cer4i,” katanya. Dalam hantaran sama, Chef Wan turut melantik Cef Riz sebagai eksekutif baharu yang bertindak sebagai ketua cef di kafe miliknya.

“Ini sudah dirancang lama pun tapi saya yang tak bersedia untuk memberikan jawatan itu kepadanya sehingga dia membuktikan dia ketua yang bagus. “Nak kahwin pun kahwinlah, tak usah main-main drama.

Komen Netizen:

Bertanggungjawab sebagai individu. Belajar dari kesilapan silam dan jangan membelakangkan emak bapa atau malukan mereka,” pesannya.

Untuk rekod, Cef Riz pernah berkahwin dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong pada 5 Disember 2014 namun berc3rai pada Jun 2016.

Sebelum itu, Cef Riz berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia namun bercer4i pada 10 Disember 2012 selepas 11 bulan bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://gempak.com/

Previous articleHeliza Helmi Dah Kahwin, Ramai Ucap Tahniah – “Bagusnya Kak Ja, Know-Know Nikah”
Next articleManja Sangat Sampai Terduduk Tuannya, Gelagat Lembu Sangat Manja Buat Ramai Nak Bela Lembu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here