Home Petua Tips Tahniah, Cikgu Azlan Dan Elly Mazlein Akhirnya Bersatu

Tahniah, Cikgu Azlan Dan Elly Mazlein Akhirnya Bersatu

250
0

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 40, sah bergelar isteri kepada lelaki pujaan hati, Mohamad Azlan Che Noh,30, dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah telah dilangsungkan di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur tepat jam 9.09 malam dengan lima berbalas tujuh hantaran.

 

 

Selebriti serba boleh itu yang memiliki nama sebenar Syarifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah lama berstatus ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2015.

Tergambar riak kegembiraan pada raut wajah pelakon kegemaran ramai itu seusai habis majlis pernikahannya dan telah sah menjadi isteri buat kali kedua.

 

 

 

 

Sebelum ini Elly Mazlein dan bekas suaminya Azmi Hatta telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sefhia hasil perkahwinan mereka selama 11 bulan.

 

Elly dan suami telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah dan disaksikan Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas.

Majlis bertemakan Malam Bulan Dipagari Bintang itu telah disaksikan kira-kira 750 tetamu, terdiri daripada ahli keluarga kedua belah keluarga, selebriti, media dan teman rapat.

Sebelum ini, majlis merisik pasangan mempelai telah berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup.

Elly dan Azlan seterusnya mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu dan pasangan sama cantik sama padan ini saling mengenali sejak Ogos tahun lalu.

Sepanjang tempoh berkenaan, Elly tidak mendedahkan foto wajah tunangnya itu secara terbuka, sehingga majlis malam berinai, malam tadi.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi, yang kini mencecah usia empat tahun.

Berkongsi mengenai bulan madu, pasangan ini merancang untuk berbulan ma du di London, tidak lama lagi.

 

 

 

 

Video Live Sekitar Majlis Pernikahan Elly Mazlein

 

Apa pun tahniah sekali lagi buat Elly Mazlein dan pasangan. Semoga hubungan yang dibina ini berkekalan hingga akhir hayat.

Sumber : yoy.my via lepatpisang.com

Previous articleSiti Bakal Timang Anak Kedua ?Jika Betul Aafiyah Akan Bakal Jadi Kakak
Next article“Rita Rudaini Paling Melet0p” Rita Rudaini Jadi Dulang Girl Majlis Nikah Elly Mazlein Cvri Perhatian Semua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here