Home Petua Tips “CTDK Lost My Respect” – Muat Naik Insta Story ‘bersyukur’ dapat pahala...

“CTDK Lost My Respect” – Muat Naik Insta Story ‘bersyukur’ dapat pahala free, netizen pertikaikan ‘sikap’ TokTi?

82
0

Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan netizen lebih-lebih lagi apabila selebriti tersebut merupakan ‘sweetheart’ Malaysia yang amat dikagumi oleh rakyat. Belum reda isu penyanyi nombor satu Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang melanggar SOP semasa majlis tahnik Muhammad Afwa berlangsung, nama TokTi sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen di Twitter sejurus beliau memuat naik Insta Story di Instagram miliknya yang seakan berbaur ‘angkuh’ dan ‘egois’ itu.

Baca juga: “The Unproblematic Queen Is Cancel” – Tokti Dikecam Wargamaya Gara-Gara Majlis Tahnik

Meninjau di ruangan komen sebuah ciapan di Twitter, rata-rata daripada netizen meluahkan perasaan tidak puas hati pada tindakan TokTi yang seakan ‘sengaja’ menyimbah air pada api yang sedang marak. Menurut mereka, isu melanggar SOP bukanlah sesuatu isu yang boleh dipandang ‘remeh’ namun isu ini amat sensitif di mata netizen lebih-lebih lagi apabila ramai dalam kalangan mereka yang tidak dapat merentas negeri untuk menziarahi keluarga tercinta sehingga mereka menghembuskan nafas ‘terakhir’. “Kami hanya mahukan keadilan..” luah hati netizen.

TokTi yang dipandang ‘mulia’ oleh masyarakat kini mendapat ‘tempias’ akibat tindakannya yang seakan tidak melambangkan perwatakannya yang serba serbi ‘sopan’ itu. Majoriti daripada netizen ‘terkejut’ dengan kenyataan TokTi yang seperti ‘bangga’ mendapat pahala ‘free’ di atas kecaman yang ditimpa dek kerana kesalahan diri sendiri. Bukan melalui cara ini untuk memperbaiki kesilapan sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, TokTi..

Meskipun TokTi telah memberi kenyataan rasmi dan memohon maaf secara terbuka, tindakan ini adalah tidak wajar kerana hanya akan ‘mengeruhkan’ keadaan yang berapi ini. Sebaliknya, netizen berharap agar TokTi hanya mendiamkan diri daripada memberi apa-apa kenyataan yang akhirnya akan ‘mencengkam’ diri. Situasi ini macam sesuai digambarkan dengan lagunya, ‘Besar Kesilapanku, Besar Lagi Keegomanmu.’

Menular di Instagram milik TokTi, sepertinya TokTi ‘menutup’ ruangan komen di beberapa gambar yang baharu dimuat naik. Bagaimanapun, umum mengetahui manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Justeru itu, bukanlah ‘tugas’ kita untuk ‘menghukum’ mereka yang boleh dikatakan ‘tenggelam’ dalam arus dunia sendiri sehingga ‘terlupa’ menjaga perasaan dan mempunyai ‘belas kasihan’ kepada orang lain.

Baca juga: Tokti Tampil Perjelaskan Isu Tular Tentang Dakwaan Pelanggaran SOP Di Majlis Tahnik

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram TokTi, Twitter 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous articleTiada Lagi Perebut4n Nak Balik Kampung Siapa Dulu, Shukri Yahaya Rindu Akan Norma Lama
Next article‘Ingat Aku Yg Pergi Dulu, Tapi Allah Lebih Sayang Kau’ – Ini Luahan Seb4k Sahabat Baik Arw4h. Al Fatihah –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here