Home Petua Tips “Jika Ditakdirkan M4Ti, Mama Reda, Mama M4Ti Dalam Senyum” – Anak...

“Jika Ditakdirkan M4Ti, Mama Reda, Mama M4Ti Dalam Senyum” – Anak Bimbang A. Aida Tinggalkan Rumah

1061
0

PRODUSER Datuk A. Aida berkata anak-anaknya bimbang dan ada yang menangis selepas dia membuat keputusan untuk meningg4lkan rumah demi menabur bakti berkhidmat membantu Anggota Pertahanan Awam (APM) mendepani wab4k C0v-19.

A. Aida atau Zaidah Awang, 49, memberitahu tiga anaknya khuatir sekiranya dia dij4ngkiti w4bak berkenaan kerana terlibat dalam aktiviti sukarelawan itu.

“Anak-anak saya menangis. Mereka kata kenapa saya nak terlibat dalam aktiviti seperti ini? Saya kata, bila lagi kita nak bantu masyarakat… Jika ditadirkan saya m4ti, saya reda kerana setidak-tidaknya saya dah tolong orang.

“Saya kata pada anak-anak, mereka tak payah bimbang sebab saya dah tingg4lkan harta untuk mereka hidup kalau saya m4ti. Kalau m4ti pun dalam senyum kerana saya buat kerja membantu orang,” kata A. Aida.

Wakil APM Kuala Lumpur menerima sumbangan peribadi berupa air mineral daripada A. Aida.

Tiga anak A. Aida ialah Wan Az Aleesa, 23, Wan Azevanatatassha, 18, dan Muhammad Rahul yang berusia 11 tahun.
A. Aida yang juga Leftenan Kolonel (Bersekutu) APM terlibat membantu anggota badan beruniform itu di beberapa pusat ku4rantin sekitar Kuala Lumpur dari segi pengagihan makanan dan minum untuk mereka yang bertugas.

Selain bantuan peribadi itu, dia juga turut menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang kepada mereka yang terlibat untuk meringankan keperluan keluarga.

Dalam pada itu tambah A. Aida, apa yang dilakukannya itu ialah sebahagian daripada tugasnya sebagai hamba Allah yang banyak mengurniakan rezeki kepadanya selama ini.

Katanya daripada dia berada di rumah tanpa melakukan aktiviti berfaedah untuk masyarakat ia tidak memberi apa-apa pengertian dalam dirinya sedangkan dia adalah ahli bersekutu agensi itu.

“Untuk menyertai aktiviti ini, banyak langkah keselamatan diri dilakukan dan perlu dipatuhi,” katanya.

Bersama petugas APM di pusat kuarantin, Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah APM Kuala Lupur, Leftenan Kolenel (PA) Mohd Zahri Abdul Aziz berkata, sebanyak empat pusat kuar4ntin dibuka di Kuala Lumpur iaitu di Institut Sosial Malaysia Sungai Besi, Akademi SPRM Jalan Duta, Hotel Crystal Crown, Kepong dan Hotel Lotus, Medan Tuanku.

Pusat-pusat kuar4ntin ini menempatkan wakil agensi terlibat termasuklah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, Bomba, Kementerian Kesihatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Setalkat ini kira-kira 320 orang aggota APM terlibat di semua lokasi kuar4ntin Kuala Lumpur yang bekerja secara syif. Kami bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi terlibat dalam menjalankan operasi membendung penularan wab4k ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous articleKita ada ubat untuk rawatan C0v-19
Next articleIbu Ini hanya ingat m4ti selepas p0sitif Cov-19 pada ‘hari jadi anak’, cuma mampu baca doa ringkas – “Ada harapan hidup sebab tengok statistik KKM”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here