Home Petua Tips Akhirnya Polis Panggil Hannah Yeoh Dan Siti Kasim Ada Kaitan Dgn ‘Keamanan’

Akhirnya Polis Panggil Hannah Yeoh Dan Siti Kasim Ada Kaitan Dgn ‘Keamanan’

179
0

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Hannah Yeoh dan Siti Kasim bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur h4sutan dan pecah keamanan yang tular di Facebook (FB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenay4h Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jen4yah Terkelas Bahagian Pend4kwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman akan merakam keterangan kedua-dua pemilik akaun FB terbabit.

“Polis memulakan siasatan pada 11 Mac lalu selepas tular kenyataan Hannah Yeoh di FB yang mempunyai kecenderungan mengh4sut dan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 4(1) Akta H4sutan dan Seksyen 505 (c) Kanun Keseks4an serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Huzir berkata, polis turut menyiasat kenyataan Siti Kasim yang sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Katanya, siasatan sudah dimulakan pada 27 Mei lalu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Setakat ini, sebanyak 113 laporan polis sudah diterima berkaitan kenyataan Siti Kasim bertajuk ‘Pis Way Of Dealing With A Problem’,” katanya.

Katanya, orang ramai digesa tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan khabar angin atau berita mempunyai kecenderungan menghasut yang mendatangkan suasana tidak harmoni.

Sumber : hmetro

Previous articleNajib Kemuka Permohonan Dilepaskan Disebabkan Ini
Next article‘Kena Hambat Tau Pula Nak Lari’ . Isu R0hingya Belum Selesai Timbul Pula Bot Vietnam Asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here