Home Petua Tips Tvlar Smbilan Wanita Bajau Laut Ta Pkai Pelitup Muka Kena Smn RM10...

Tvlar Smbilan Wanita Bajau Laut Ta Pkai Pelitup Muka Kena Smn RM10 Ribu Penj4ra 6 Bulan Tika Mnta Sedekah.Sekali Ini Respon Polis

257
0

Pihak polis menafikan mengeluarkan k0mpaun RM10,000 kepada sembilan wanita Bajau Laut kerana tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu memberitahu Malaysiakini, kompaun hanya dikenakan terhadap warganegara Malaysia, tetapi berkata polis sedang menyiasat wanita tersebut.

Masyarakat Bajau Laut juga dikenali sebagai suku Pala’uh merupakan komuniti tanpa kerakyatan.

“Memandangkan sembilan pengemis berstatus stateless, maka kertas siasatan juga perlu dirujuk kepada Pejabat DPP untuk menerima arahan tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, dua media Sabah melaporkan wanita berkenaan dikompaun RM10,000 sehingga mencetuskan perbahasan di media sosial terhadap dakwaan hukum4n yang dikenakan kepada pengemis tersebut.

Mereka yang ditahan semalam berumur antara 17 ke 41 tahun, bersama 25 kanak-kanak lelaki dan perempuan.

 

 

Pen4ngkapan dibuat ketika mereka meminta sedekah di dua lokasi di kawasan lampu isyarat di sekitar Bandar Lahad Datu dan Bandar Sri Perdana.

Dalam kenyataan berhubung penahanan itu, Rohan berkata kes terbabit disiasat atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa ada pnjarakan fizikal.

Jika sabit kesalahan, katanya boleh dijatuhkan hukum4n denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenj4rakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sembilan wanita itu turut disiasat bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana menggunakan kanak-kanak untuk mengemis.

Rohan berkata masyarakat Bajau Laut silihat mencabar undang-undang sedia ada dengan berlindung atas status tanpa kerakyatan (stateless), meskipun ia boleh mengakibatkan penularan wabak Covid-19 di kalangan warga tempatan.

Sumber : mkini

Previous article“Sang Ibu Tdk Benci Anak Tp Tak Reda Cara Suami Pd Anak”. Ibu Hannah Delisha Wujudkan Ada Kisah Sembunyi Dgn Menantu
Next articleSetiausaha Sulit Kanan (SUSK) To Pa C3dera Terlibat Kem4langan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here