Home Petua Tips Antara Kejujuran Atau Royalti Tentang Hak Cipta Lagu Svmpah,Apa Sebenarnya Yang Dayana...

Antara Kejujuran Atau Royalti Tentang Hak Cipta Lagu Svmpah,Apa Sebenarnya Yang Dayana Amerda Mahukan

298
0

“Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya, terangilah gelapku walau dalam gelita.” Demikianlah antara bait lagu Svmpah nyanyian Naim Daniel yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu yang ke-34 (AJL34).

Tidak dinafikan, lagu ciptaan Naim Daniel bersama Omar K itu memang layak untuk bergelar juara AJL34 memandangkan liriknya yang cukup mendalam dan ditambah lagi dengan nyanyian mantap oleh tuan empunya lagu.

 

Dalam pada rata-rata sedang menumpang gembira atas kemenangan Naim, timbul pula isu hak cipta lagu Svmpah apabila

bekas teman wanita penyanyi berusia 22 tahun itu iaitu Dayana Amerda tampil mengeluarkan satu dkwaan yang menggemprkan industri tanah air.

 

Dayana Amerda atau nama sebenarnya, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah dalam satu sidang media menegaskan bahawa lagu Svmpah adalah ciptaannya bersama Naim.

Mendkwa dirinya hanya mahukan kejujuran, isteri kepada Hadi Mazlan itu memberi masa selama seminggu untuk Naim tampil membuat pengakuan secara terbuka berhubung isu penciptaan lagu tersebut.

Sebelum penulis menyuarakan pendapat sendiri berkenaan isu ini, berikut dikongsikan terlebih dahulu kronologi dari awal lagu Svmpah dilancarkan sehinggalah ada pihak yang membuat pengakuan ia dicipta bersama.

19 April 2019  Lagu Svmpah yang merupakan single ketiga Naim selepas Sekali Lagi dan Sempurna diterbitkan dan berjaya menduduki carta pertama aplikasi penstriman iTunes dalam masa 12 jam ia dilancarkan.

22 April 2019 Naim berkongsi rasa gembira beliau di laman sosial Instagram apabila video muzik Svmpah menjadi trending nombor satu di YouTube di mana ketika itu, ia mencatat lebih 500,000 tontonan.

24 April 2019  Benar-benar di luar jangkaan Naim sendiri, vide0 muzik Svmpah berjaya mencapai satu juta tontonan dalam masa kurang dari satu minggu ia diterbitkan.

7 Mei 2019  Naim yang dulunya merupakan penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya mencvri perhatian ramai menerusi persembahannya di rancangan MeleT0P yang disifatkan peminat persis versi asal lagu tersebut.

22 Jun 2019  Betul-betul menjadi fenomena, video muzik Sumpah berjaya mencatat lebih 10 juta tontonan dalam masa dua bulan ia diterbitkan.

3 Julai 2019  Dalam satu temu bual bersama DJ Nazz, Naim tampil bercerita mengenai kisah yang tersirat di sebalik lagu Svmpah. Menyifatkan Sumpah sebagai satu lagu yang cukup peribadi buat dirinya, ia sebenarnya berkisar tentang hubungan Naim bersama bekas teman wanita yang menemui titik noktah di tengah jalan.

Ditanya mengapa mereka mengambil keputusan untuk berpisah sedangkan masing-masing saling menyayangi, Naim mengatakan keputusan yang diambil itu berkait rapat dengan keluarga.

“Saya percaya dia seorang yang baik dan saya hormat dia. Saya cuma harapkan kebahagian untuk dia,” ucap Naim sewaktu bercerita tentang gadis misteri itu.

12 Julai 2019 Desas desus mengenai gadis misteri dalam lagu Svmpah akhirnya terungkai apabila juara Idola Kecil, Dayana Amerda tampil membuat pengakuan di laman Instagram bahawa gadis yang dimaksudkan itu merupakan dirinya.

 

Dalam hantaran yang sama, Dayana turut mendakwa bahawa lagu Sumpah sebenarnya adalah ciptaan mereka berdua.

Tegas Dayana, Naim sepatutnya tahu bahawa dia tidak boleh mengeluarkan lagu yang ditulis bersama orang lain sesuka hati dan menyatakan lagu itu adalah hasil ciptaannya sendiri.

13 Julai 2019 – Naim menerusi satu kenyataan memberitahu bahawa pertikaian lagu Svmpah sudah pun selesai. Menurut Naim, dia sudah memberi penjelasan kepada pihak yang sepatutnya dan tidak mahu masalah itu terus heb0h.

 

Pada masa yang sama, ibu kepada Dayana iaitu Aida memuat naik satu hantaran menerusi IG Stories di mana dia menganggap isu tersebut sudah selesai selepas Naim menelefon dirinya untuk memohon maaf.

9 Februari 2020  Menepati ramalan orang ramai, lagu Sumpah dinobatkan sebagi juara AJL34.

19 Februari 2020 Selepas 10 hari Naim Daniel bergelar juara AJL34, Dayana sekali lagi tampil menuntut supaya Naim bersikap jujur mengenai hak penciptaan bersama lagu Svmpah.

20 Februari 2020  Syarikat rakaman, World Peace Entertaiment (WPE) menerusi satu kenyataan menegaskan lagu Svmpah kekal milik penyanyi Naim Daniel dan Omar K sebagai penggubah lagu.

Jadi, begitulah serba sedikit kronologi yang penulis dapat kongsikan berkenaan isu yang timbul daripada lagu Svmpah ini.

Pada pendapat penulis, Dayana akan sentiasa mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya sekiranya dia benar-benar terlibat sama sewaktu mencipta lagu tersebut. Tapi persoalannya, mengapa isu ini timbul semula selepas Naim dinobatkan sebagai juara AJL34 sedangkan sebelum ini, ibunya sendiri yang menganggap ia sudah selesai.

“Saya minta Naim mengaku lagu Sumpah adalah hak cipta kami pada 2015. Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanya kejujuran Naim.” Demikianlah kata-kata Dayana dalam satu sidang media baru-baru ini.

Jika benar Dayana hanya mahukan kejujuran, mengapa perlu tunggu Naim memenangi AJL34 terlebih dahulu?
Menurut Dayana, sekiranya Naim mendaftarkan namanya, secara tidak langsung dia akan mendapat royalti.

Dia bagaimanapun menegaskan soal royalti adalah nombor dua.

Pada pendapat penulis, meskipun hanya kejujuran yang diminta daripada pihak Dayana, namun pengakhirannya tetap menjurus kepada royalti atau dalam erti kata lain, duit. Apa yang Dayana mahukan sebenarnya?

Banyak bait-bait daripada draf pertama lagu Svmpah diubah sepertimana yang dikongsikan oleh Omar K menerusi laman Instagram.

Malah, judul lagu tersebut juga turut ditukar di mana pada awalnya, ia disebut sebagai Janji.

Apa-apa pun, semoga isu ini selesai dengan secepat mungkin.

Tidak lupa juga, tahniah diucapkan buat Naim Daniel atas kemenangan di AJL34. Semoga nama dan bakat Naim terus menghiasi industri hiburan tanah air.

Sumber : Iamlejen.com

Previous article“Balu Abam tak pernah minta sedekah” Nurul Zahid tampil mengaku sebar nombor akaun Nor Hidayah
Next article“Dia Memang Jodoh Saya Dan Inilah Cinta Sejati” Tasha Shilla Bertunang Selepas Dua Bulan Berkenalan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here