Home Petua Tips Demi seorang ayah, 2 sahabat di Mentakab cari peti ais dih4nyut arus...

Demi seorang ayah, 2 sahabat di Mentakab cari peti ais dih4nyut arus deras… kejadian di pokok rambutan selepas 90 minit memang tak disangka

94
0

BENC4NA banjir yang melanda di beberapa kawasan dalam negara ini meng4kibatkan keros4kan harta benda ditelenggami air.

Malah terdapat m4ngsa banjir terp4ksa berputih mata melihat harta bernilai mereka dih4nyutkan arus deras.

Namun siapa sangka sebuah peti ais yang hilang akibat mal4pet4ka itu berjaya ditemui di atas sebatang pokok menerusi satu misi pencarian.

Air mencecah paras bumbung.

Berkongsi pengalaman, Suhairi Abdul Wahab berkata, dia dan seorang rakannya merupakan antara m4ngsa banjir di Kampung Batu Kapor di Mentakab, Pahang.

Pemuda berusia 31 tahun itu memberitahu, kawasan kampung paling terjejas tervk pada Isnin minggu lalu dengan ketinggian melepasi bumbung rumah.

“Kejadian banjir dengan air paling dalam pada 20 Disember, tiang lampu pun habis tenggelam. Rumah mak saya pun terjejas, hampir keseluruhannya ditenggalami air.

“Kampung kami memang dah biasa dengan banjir, tapi kami tak jangka kali ini betul-betul dalam. Sikit lagi seluruh kawasan rumah ditenggelami air, hingga ada paras lebih tinggi dari bumbung rumah,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Sifu, katanya, banjir mulai surut pada hari kelima dan kering sepenuhnya pada hari ketujuh.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Mengenai pencarian peti sejuk yang hilang, katanya, ia merupakan permintaan bapa kepada sahabatnya yang dikenali sejak dari tadika, Azreen Abdul Majid, berusia 30 tahun.

“Misi berlaku pada hari ketujuh selepas banjir apabila saya berselisih dengan rakan memandangkan kami lama tak berjumpa. Saya tanya nak ke mana? Dia kata nak cari peti ais.

“Saya rasa macam kelakar sebab orang lain tak ada pula nak cari barang-barang yang h4nyut ni,” katanya yang sebelum itu membantu mengemas rumah rakan lain yang terjejas ak1bat banjir.

Menurut peniaga itu, pencarian yang dilakukannya bersama rakan tersebut mengambil masa selama satu setengah jam sebelum menemukan peti ais yang hilang.

cari peti ais 3

Keadaan banjir di kawasan Mentakab, Pahang.

“Selepas ronda-ronda satu kampung, kami akhirnya jumpa peti ais tersangkut di atas pokok rambutan. Jarak ia ditemui dengan rumah dia dalam satu kilometer.

“Peti ais tu tersangkut pada ketinggian 5 kaki (1.5 meter). Masa tu saya tergelak sebab puas cari akhirnya jumpa tersangkut di celah pokok rambutan,” katanya sambil menambah rakannya kusut memikirkan bagaimana untuk membawa turun peti ais berkenaan.

Kawan saya nak cari peti ais tu sebab ayahnya letak peralatan menjala dalam tu. Mereka suka menjala dan memancing sebab itu ayah dia suruh cari

SUHAIRI ABDUL WAHAB

Sifu berkata, peti ais yang dihanyutkan arus deras itu sebenarnya tidak boleh digunakan lagi, namun terdapat barang yang diletakkan oleh bapa rakannya sebelum kejadian banjir.

“Kawan saya nak cari peti ais tu sebab ayahnya letak peralatan menjala dalam tu. Mereka suka menjala dan memancing sebab itu ayah dia suruh cari.

“Saya asyik gelak sambil cari peti ais tu sebab ayah dia m4rah dia tak angkat barang-barang rumah termasuk peralatan menjala ke tempat lebih tinggi, dia biarkan macam tu je,” katanya.

cari peti ais 2

Keadaan tanah berlumpur selepas banjir surut.

Sifu bagaimanapun memberitahu, mal4ngnya peralatan menjala tersebut tidak ditemui dalam peti ais tersebut, dipercayai telah dihanyutkan arus deras.

“Kami tengok peti ais tu dah terbuka, dan tak ada jala di dalamnya. Peti ais tu masih tersangkut atas pokok, tidak diturunkan pun sebab kawan kata biarlah dijemur dahulu.

“Saya berkawan dengan semua orang. Bila saya dalam kesusahan, ramai kawan tolong saya dan bila kawan-kawan susah, saya tolong mereka,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleKurang sihat kerana terlalu sibuk, Elisya Sandha berehat sebulan… Ada perancangan timang cahaya mata
Next articleLama Tak ‘Pekena’ Nasi Kandar, Nynaa Harizal & Suami Naik Jet Peribadi Pergi Pulau Pinang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here