- HIBURAN

Dengan Sekali Lafaz Sah Fasha Sandha Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz

Setelah sekian lama pasangan bertunang Fasha Sandha dan Aidil Aziz akhirnya terlerai dengan ikatan perkahwinan dan semua tohmahan dari sesetengah pihak terjawab.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tv3 Malaysia, berkongsi video majlis akad nikah mereka yang berlangsung sebentar tadi.“Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri. “Semoga berbahagia sampai akhir hayat #aidilfasha,” tulisnya.

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan. Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini. Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Mari kita doakan pasangan ini bahagia hingga ke Jannah dan sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.  Newsviral

sumber : riverbed.me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *