Home Petua Tips “Dengar Suara Sebalik Pintu Je” – Tamat Kuarantin, Aks1 Hairul Azreen &...

“Dengar Suara Sebalik Pintu Je” – Tamat Kuarantin, Aks1 Hairul Azreen & Anak-Anak Buat Netizen Seb4k

88
0

Aktor Hairul Azreen selesai menjalani tempoh kuarantin di rumah selepas pulang daripada United Kingdom pada hujung Disember yang lalu. Menerusi laman sosial Instagram, isterinya Hanis Zalikha, 32, berkongsi momen-momen sepanjang tempoh kuarantin suaminya itu untuk tatapan umum.

“Setahun tunggu,” seloroh Hanis di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian berdurasi kurang satu minit itu, Hairul, 34, ditempatkan di dalam sebuah bilik khas dengan dilengkapi tingkap kaca bagi dia melihat anak-anaknya.

Walaupun jarak hairul dan anak-anak terpisah hanya beberapa langkah, dia hanya boleh melambai-lambai anaknya sementara menunggu tempoh kuarantin tamat. Malah, mereka turut menyanyi dan bercakap di sebalik tingkap masing-masing bsgi melepaskan kerinduan.

Lebih menyayat hati apabila tamat sahaja tempoh kuarantin, si kecil, Alisa Aisyah terus memelvk bapanya sambil mengucapkan perkataan ‘ilove you’.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya merasa sebak melihat aks1 Yusuf dan Alisa yang setia menunggu tempoh kuarantin bapa mereka tamat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)


“Bila Alisa cakap ‘i love you’ sebak sangat. Rindu ayah,” luah seorang wargamaya. “Aww how cute is this family,” komen seorang wargamaya.

“Dekat tapi jauh. Camtu la siapa kena kuarantin kat rumah. Dengar suara anak di sebalik pintu je,” kata seorang wargamaya.

“Lahhh aku tengok jadi menangis. Apsal seb4k pulak,” ujar seorang wargamaya. “Part Alisa cakap ‘i love you’ tu touching betul,” tulis seorang wargamaya.

“Alaa mata masuk habuk la,” usik seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 900,000 tanda suka daripada wargamaya.

Komen Netizen:

Imbas kembali, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.

Perkahwinan pasangan sejoli ini pernah menjadi bualan ramai apabila Hairul menyerahkan wang hantaran sebanyak RM91,019.90 kepada Hanis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articlePemuda akhirnya hidup senang selepas ‘catu’ makanan untuk diri sendiri, peruntukkan hanya RM50 sebulan untuk makan!
Next article“Tergamaknya suami…”- Yatt Hamzah Men4ngis Kongsi Cerita Sedih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here