Home Petua Tips Ibu Yati mengucap syahadah, bersumpah tidak wujudkan agama Melayu

Ibu Yati mengucap syahadah, bersumpah tidak wujudkan agama Melayu

211
0

Beliau yang dikenali sebagai Ibu Yati itu turut menafikan bahawa dia mahu membentuk agama Melayu dan mencipta ucapan syahadah.

Dalam satu hantaran di YouTube dan di Facebooknya, Ibu Yati dengan nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias beristighfar memohon keampunan Allah dan mengucapkan kalimah syahadah.

“Astagfirullahalazim, astagfirullahalazim, astagfirullahalazim. Ashadu alla ilahaillah, wa ashadu anna Muhammadar Rasullulah, Ashadu alla ilahaillah, wa ashadu anna Muhammadar Rasullulah, Ashadu alla ilahaillah, wa ashadu anna Muhammadar Rasullulah.

“Bismillahi, Wabilahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya tidak pernah dan tidak berniat mencipta ajaran sesat baru, agama Melayu, agama Islam Melayu, mencipta syahadah baru dan sebagainya sebagaimana difitnahkan,” katanya.

Dalam video tersebut beliau yang merupakan seorang wartawan dan penerima Anugerah Kajai turut bersumpah bahawa dia tidak menghina atau menolak ajaran Nabi Muhammad SAW.

Ibu Yati juga bersumpah bahawa dia tidak mengh1na atau menolak kitab suci al-Qura.n yang telah diturunkan oleh Allah yang satu kepada Na.bi Muha.mmad SAW.

“Saya juga bersumpah bahawa saya tidak pernah memaksa atau mengajak atau menarik mana-mana orang supaya menjadi pengikut saya kerana saya tidak ada pengikut ajaran sesat sebagaimana yang didakwa, difitnah terhadap saya.

“Dengan ini saya juga menuntut memohon kepada Allah, Tuhan yang satu, yang menjadikan matahari, bulan, bintang dan sehala isi alam ini, memohon ditunaikan janji engkau bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh, kerana sesungguhnya engkau tidak memungkiri janjimu.

“Inama amruhu izaa araada syai an ai yaqulalahu kun fayakun. Fa subhanallazi buyadihi malakuutu kulli syaiin. Wa ilaihi tur jaun, wa ilaihi tur jaun, Wa ilaihi tur jaun. Amin ya rabbal alamin,” doannya.

Dua hari lalu Menteri di Jabatan perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Zulkifili Mohamad al-Bakri berkata, resolusi berkaitan fahaman ‘Ibu Yati’ telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja untuk ditentukan.

Rosolusi itu hasil Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118.

Jawatankuasa tersebut telah mendengar pembentangan mengenai fahaman terbabit oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 17 Februari lalu.

Sebelum itu tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan Ibu Yati melakukan upacara paluan gong yang dipercayai ritual ajaran agama Melayu di sebuah pulau yang dipercayai Pulau Besar.

Video tersebut turut mengaitkan Ibu Yati yang dikatakan membawa ajaran berkenaan.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan kemudiannya menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu dibawa oleh individu yang dikenali sebagai ‘Ibu Yati’.

Sumber : suaramerdeka

Previous articleDikec4m di media sosial, Zul Yahya minta pengkr1tik baca dengan hati
Next articleRupanya Ini Kisah Sebenar Wanita Mngamuk Bila Anak Umur 1 Tahun Kena Sman Tak Pakai Mask

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here