
Sebelum ini, usahawan dan pelakno terkenal tanah air, Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri ada berkongsi khabar gembira berkenaan ketibaan bakal cahaya mata mereka yang pertama.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, Fazeera baru-baru ini ada memuji sikap dan cara Fizo yang dikatakan sangat bagus menjaganya ketika beliau sedang mengandung anak sulung mereka.
Pandai sejukkan hati
Bekas pramugari itu dalam satu hantarannya berkongsi perasaan syukur yang tak terhingga terhadap suaminya yang pandai mengambil hati dan menyejukkan hatinya dengan kata-kata.
Cara dia meyakinkan saya dengan sepenuh hati menjadikan saya seorang isteri yang lebih bahagia, wanita yang bersyukur, dan versi diri sendiri yang paling yakin.
Menurut Fazeera lagi, Fizo juga sentiasa menghargai isterinya dan sering memberi ruang untuknya memanjakan diri sendiri selain sering memberi kata-kata semangat bahawa dia berhak untuk mendapatkan semua ganjaran tersebut.
‘Baru lepas berbual dengan suami malam sebelum ini. Dia beritahu ‘sebelum bersalin, saya nak awak yakin dan percaya pada diri sendiri. Pergi hargai kecantikan awak, solekkan kuku, rambut, dan manjakan diri sebanyak yang boleh, pergi ke spa. Awak layak dapat semua itu!’
Wanita sememangnya perlu dan dahagakan penghargaan dari seorang suami! Kami perlu ‘dilihat’ oleh orang yang kami sayang.
Wanita perlukan kehadiran anda, mereka tidak perlukan hadiah-hadiah daripada anda.
Saya suka cara dia sampaikan sayangnya pada saya. Kehadirannya buat saya rasa ‘hidup’
Sangat beruntung
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen dan warganet menumpang perasaan gembira dan terinspirasi dengan perkongsian Fazeera.
Netizen turut mendoakan yang terbaik dan urusan pasangan dua sejoli itu dipermudahkan ketika hendak menimang cahaya mata sulung mereka itu nanti.
Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 setelah perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Mawar Kaarim gagal.
Pada Februari 2022, Fizo dan Fazeera mengumumkan mereka bakal menerima kehadiran keluarga baharu iaitu anak sulung mereka yang pertama! Tahniah Fizo dan Fazeera!
Apa pendapat korang? Jangan lupa komen dan share ya gaissss!
SUMBER : Instagram Fazeera Nazri
Leave a Reply