- VIRAL

‘Dikatakan Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Hana Azraa’ Akhirnya PU Abu Buka Mulut Apa Sebenarnya Berlaku

“Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa masih baik-baik saja, masih okey dan kami masih tinggal sebumbung. Spekulasi yang berlaku baru-baru ini hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa.

Kalau betul pun boleh jadi mengumpat,Lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik pasal orang, lebih baik doa yang baik-baik. Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun secara terus tetapi kalau dengan manusia kita kena cari dia di padang mahsyar untuk minta maaf dengan dia,” demikian kata pendakwah bebas, PU Abu Sufyan yang akui berdepan konflik kecil dengan isteri barunya, Hana Azraa baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelas PU Abu hubungan mereka masih baik dan menafikan dakwaan sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Dalam masa sama, PU Abu menasihati semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi susulan berhubung isu rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan. Menerusi tinjauan terkini, rakaman video yang dimuatnaik oleh PU Abu di laman Instagram miliknya itu telah dipadamkan setelah beberapa minit disiarkan.

Terdahulu, isteri baru PU Abu, Hana Azraa mendedahkan rumah tangga mereka kini dilanda badai dan bakal bercerai. Dakwa Hana, mereka sudah tinggal berasingan di Kuala Lumpur dan Kedah. Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang merupakan seorang janda.

PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp. Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *