Home Petua Tips “Dikec4m L4wat H0spital Ramai2,” Anak Tiri Tokti M0hon Maaf T4mpil Beri Penjel4san

“Dikec4m L4wat H0spital Ramai2,” Anak Tiri Tokti M0hon Maaf T4mpil Beri Penjel4san

408
0

Baru-baru ini, video lawatan ke hospital bersalin yang dimuat naik oleh anak tiri penyanyi terkemuka negara Siti Nurhaliza menjadi tular dan mencetuskan kemarahan netizen di serata laman sosial.

Berikutan itu, individu yang memuat naik video tersebut iaitu anak tirinya, Asyraf Khalid tampil memohon maaf di atas kesalahan dilakukannya itu.

Ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, lelaki berusia 29 tahun itu menjelaskan dia dan pelawat lain sudah mendapat kebenaran pihak hospital selain memathui setiap SOP ditetapkan.

“Pada asasnya semua ikut SOP. Kami pakai pelitup muka dan sebagainya. Cuma, ketika ambil gambar pihak jurufoto dan jurukamera minta buka.
“Semua orang yang datang pada hari tu sudah mendapat kebenaran pihak hospital.
“Sebagai anak, apabila Mak Iti (Siti) nak bersalin, tentu saja gembira. Lagipun jarak hospital dengan rumah saya hanya lima minit saja,” katanya.

Tambah Asyraf lagi, dia tidak menjemput jurukamera dan jurugambar sebaliknya ia disediakan oleh syarikat Siti Nurhaliza Productions (SNP) bertujuan untuk rakaman.

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi dan usahawan Tya Ariffin itu sempat memohon maaf kepada orang ramai jika perkara tersebut menyebabkan pertikaian segelintir pihak.

“Mungkin ada juga salah saya di situ dan saya belajar dari kesilapan itu. Kalau ikut kebiasaan, jika dapat adik baharu mestilah nak kena pergi tengok. Tapi, dalam keadaan sekarang normal itu sudah berubah.
“Jadi, jika perkara ini ada mengguris sesiapa termasuk netizen. Saya dengan keluarga okay. Harapnya perkara ini tak dibesarkan dan biarlah ia reda,” katanya.

Difahamkan lagi, video tersebut telah pun dipadam di laman Instagram serta saluran YouTube Tya Ariffin Family.

Terdahulu, tular gambar dan video memaparkan Siti menerima kunjungan ramai termasuk jurugambar dan jurukamera selepas dia melahirkan anak di sebuah pusat perubatan di Selangor hingga mengundang kecaman netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Previous articlePakcik Tua Minta Sedekah Nak Bayar Sewa Rumah, Netizen Dakwa Anak Sendiri Yang Hantar
Next article“Artis Bukan Golongan Kayangan, Di Mata Undang-Undang Kita Semua Sama”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here