Home Petua Tips Dipuji Tak Pernah Ada Isu Langgar SOP, Aliff Syukri Segan Digelar ‘Penyanyi...

Dipuji Tak Pernah Ada Isu Langgar SOP, Aliff Syukri Segan Digelar ‘Penyanyi No 1’

55
0

Jika dilihat hari demi hari ada sahaja individu yang melanggar SOP, tidak kira rakyat biasa, golongan selebriti, golongan kenamaan atau siapa sahaja.

Tertarik dengan satu twit oleh seseorang itu, usahawan jutawan Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik posting tersebut yang menunjukkan pujian ke atas dirinya.

Twit itu menyebut tentang sikap positif Aliff yang tidak pernah mempunyai isu pelanggaran SOP seperti mana-mana selebriti atau golongan kenamaan yang lain.

Lebih menarik lagi, twit tersebut turut mengatakan beliau sesuai jika dijadikan penyanyi nombor satu Malaysia!

Walaupun terkejut dengan twit tersebut tetapi Aliff tetap berasa segan selepas menerima pujian tersebut.

Para pengikutnya turut meninggalkan pujian dengan sikap bagus yang ditunjukkan olehnya.

Tidak mahu ketinggalan, Datin Seri Shahida turut meninggalkan komen pada posting tersebut dan mengatakan bahawa beliau ‘tidak sanggup’ untuk mendengar suaminya menyanyi dengan lebih rancak dirumah.

Apa pun, semoga beliau tetap tidak tergolong dalam kalangan mereka yang melanggar SOP.

Sumber foto: Instagram Aliff Syukri

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleBidas Kenyataan Ridhuan Tee, Suhaimi Saad Backup Siti Nurhaliza
Next article“Wekk..Wekk..Kan Dah Kelvar Suara Jantan”Ratu Tvnjuk Bukt1 Keh4milanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here