Home Petua Tips Netizen dakwa Nabila & Engku Emran bergelar suami isteri esok?

Netizen dakwa Nabila & Engku Emran bergelar suami isteri esok?

189
0

Selepas spekulasi sedang menjalin hubungan bercinta, timbul pula desas-desus diperkatakan netizen yang mendakwa usahawan Noor Nabila Mohd Noor akan berkahwin esok, lapor BH Online.

Bagaimanapun menerusi laporan itu, dia yang juga kakak selebriti popular Neelofa itu tidak mahu memberi sebarang jawapan mengenai dakwaan tersebut.

“Minta maaf, saya tidak boleh komen.

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis.
“Saya harap semua memahami, terima kasih,” kata usahawan berusia 37 tahun itu.

Terdahulu, Nabila menjadi perbualan hangat warganet apabila sering kelihatan bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin selain berkongsi minat sukan berbasikal.

Malah, Engku Emran turut memberi bayangan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa dengan memuat naik gambar di Instagram memaparkan bayangan wajah Nabila ketika bersama di dalam kereta.

Nabila bercerai dengan aktor Sharnaaz Ahmad tahun lalu selepas tiga tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Engku Emran pula berpisah dengan bintang Indonesia, Laudya Cynthia Bella tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan selebriti popular, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin)

Previous articleMas Idayu dgn beraninya lntang lasserkan Azwan Ali, siap kena pvkul.Kan Dah Kena
Next articleTvlar Seorang Jururawat Meningg4l Sebab DiVaksin.Sekali Dr Noor Hisham Jelaskan Apa Berlaku Pd Jururawat Itu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here