Home Petua Tips Dituduh guna ‘duit haram’ beli kereta mewah, Scha Elinnea nafi dibela ‘sugar...

Dituduh guna ‘duit haram’ beli kereta mewah, Scha Elinnea nafi dibela ‘sugar daddy’ – “Ramai tak tahu saya bekerja sejak umur 15 tahun”

116
0

PERKONGSIAN pelakon Scha Elinnea yang melahirkan rasa syukur dapat memiliki kereta mewah jenama Mercedes-Benz A180 AMG di laman Instagram mengundang komen negatif daripada netizen.

Akui Scha, 21, dia menerima mesej di Instagram yang menghantar paparan skrin komen netizen menuduhnya menggunakan duit haram untuk membeli kereta berharga hampir RM200,000 itu.

Tegas pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen, dia tidak akan menggunakan atau memberikan duit haram kepada keluarganya seperti yang didakwa individu tersebut.

Keluarga saya sederhana sahaja, bukan daripada orang kaya.

SCHA ELINNEA

PELAKON

“Ada orang DM, hantar screen shot komen ‘dia ni mesti ada orang bela’. Cuba fikir sendiri, takkanlah tak boleh fikir, bulan Ramadan ini saya nak berikan duit haram kepada keluarga saya atau beli kereta guna duit haram?

“Saya takkan lakukannya! Tak kisah apa orang nak cakap, saya okey. Buat apa nak kisah pun. Orang yang kenal saya saja tahu bagaimana susahnya saya mencari duit,” katanya.

Pada Sabtu lalu, pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu berkongsi foto dia bersama kereta mewah miliknya di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Scha turut meluahkan rasa syukur dengan pencapaiannya dan mengakui dia tidak pernah membayangkan akan memiliki kereta idamannya itu.

Sebelum ini, Scha zahirkan rasa syukur dapat memiliki kereta idamannya.

Dalam pada itu, Scha memberitahu dia berbangga dengan dirinya yang menggunakan duit yang disimpan dari titik peluhnya sejak berusia 15 tahun.

“Keluarga saya sederhana sahaja, bukan daripada orang kaya… Apa saya nak saya sendiri kena usahakan. Ramai orang tak tahu saya sudah mula bekerja dari umur 15 tahun lagi sebagai model dan reviu produk.

“Kemudian bermula dua tahun lalu, barulah saya ceburi bidang lakonan. Sepanjang tempoh itu saya tak akan membelanjakan duit beg, kasut mewah atau makan tempat mahal.

“Setiap bulan mesti ada simpanan untuk mendapatkan impian saya iaitu memiliki kereta pada umur 21 tahun dan rumah sebelum usia 25 tahun,” katanya yang turut menceburi bidang perniagaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“Peng0rbanan Seorang Ibu..” Suami Emma Maembong Kongsi Video Saat MeIahirkan Gabriel
Next article“Lepas Kak KM, Kini Adik Iparnya Pula Dis4hkan H4mil..” Normah Damahuri Bakal Timang 2 Cucu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here