DS Umie Aida Buat Majlis Kh4s Ajak Rakan, Heliza Terkedu Suami Pula Muncul

Penyatuan dua jiwa di antara Datuk Seri Mahadi dan juga Heliza Helmi benar-benar menjadi inspirasi serta menimbulkan rasa keinsafan kepada orang ramai. Penganjuran majlis perkahwinan yang cukup sederhana dan pengisian berbentuk islamiah telah pun menjadi sebutan. Malah kedua-dua pengantin juga tidak beraksi mesra di hadapan hadirin.

MasyaAllah aturan Allah sangat indah…Alhamdulillah

Semalam, Datin Seri Umie Aida telah pun mengadakan satu majlis khas ‘Raikan Cinta & Kesyukuran’ buat rakan baiknya Heliza. Beberapa orang lagi rakan artis yang sering terlibat dalam kegiatan dakwah serta agama turut dijemput bersama. Antaranya adalah Irma Hasmie, Fouziah Gous, Diana Amir, Farah Lee dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Salima Habibi (@salimahabibi)


Kezutan…Buat Abang Dee, jaga Kak Ja kami elok elok naa

Begitu menenangkan dan penuh kesyukuran, itulah antara suasana dapat digambarkan dalam majlis yang diisi dengan tazkirah, bacaan Al-Quran serta alunan selawat tersebut. Rupa-rupanya, Datin telah pun menyediakan kejutan dengan turut menjemput suami Heliza untuk hadir di akhir acara. Jelas sekali kelihatan wajah pengantin baru tersebut yang terkejut dan tersipu-sipu malu.


Syukur ditemani sahabat-sahabat dunia akhirat…Seronoknya dapat pergi majlis orang alim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui seakan tidak percaya dengan kenyataan Heliza sudah pun bergelar isteri orang. Dalam pada itu, ramai juga memuji penganjuran majlis yang penuh berkat tersebut.

Sumber:Instagram Salimahabibinurhelizahelmi & thehelmiswarrior

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.applehijau.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*