Home Petua Tips ‘Baru Je Buka Mata Nak Tengok Mama..’ Dua Hari Dilahirkan, Bayinya Dijemput...

‘Baru Je Buka Mata Nak Tengok Mama..’ Dua Hari Dilahirkan, Bayinya Dijemput Ilahi

322
0

Sebak membaca perkongsian ibu ini, Nachik Cikna, 22 yang diuji ‘kehilangan’ anak bongsunya menjelang Aidilfitri yang lalu. Anak ketiganya itu, Nur Ramadhani Solehah dilahirkan pada 21 Mei 2020, dan meninggl dunia pada 23 Mei 2020. Cuma dua hari sempat arwh bersama ibunya.

“First time tengok mama, pukul 12.30 malam. Tapi sekejap je tengok mama, terus tutup mata dan tidur.” Luah ibunya sayu. Ketika, ibu ini mahu menggerakkan suaminya bangun sahur (di bulan Ramadan), dia lihat anaknya itu dah sejuk kaku, tak bernafas, bibir biru.

Mama tak tahu apa punca. Mudahnya awak pergi tinggalkan mama. Mama sayang awak dunia akhirat. Jumpa mama di syurga nanti sayang. Mama sayang awak sayang, sayang sangat-sangat.

Perginya awak di akhir Ramadan.. Allah.
Tak tahu nak luah gane lagi.. Ya Allah.. mampu ke aku kuat.” kongsinya pada hari anaknya menghembuskan nafas yang terakhir.

Katanya lagi, anak ketiganya sempat menghisap susu ibu sedikit sebelum meninggl dalam tidur. Tidak sama sekali, anaknya meninggl lemas mahupun tersedak susu. Ibu ini cuma sedar anaknya sudah tiada selepas 3 ke 4 jam pemergian bayinya itu.

Arwah tidur terbaring comel je dengan tersenyum manis

Selesai Beraya Dengan Bidadariku

1 Syawal lalu, ibu dan ayah membawa bersama baju raya yang sudah dibeli siap-siap untuk anak bongsunya itu ke tanah perkvburan.

“Selamat hari Raya Sayang Mama
Mama Bawak baju Raya Awak ni
ALHAMDULLILAH.. Selesai beraya dengan Bidadariku, sayu hiba dikenangkan Dan mama cuba kuat dan bangkit. Mama Redhoo awak pergi, pergi lah dengan tenang sayang. Tempat awak di Syurga. Waktu mama taip ni dengan tulus ikhlas, supaya kenangan dan gambar ini takkan hilang. Mama usaha senyum happy go lucky macam biasa di hadapan orang ramai.
Iya, mama usaha sembunyikan apa yang mama rasa, apa yang mama lalui. Mama terlalu sayang dan rindu bidadari syuga mama.
Mama bersyukur dan redho kerana dipilih Olehnya. Tenang lah di sana. TUNGGULAH MAMA DI SYURGA BIDADARIKU.”

kesunyian bila pantang tanpa anak

Lalui Hari Berpantang Tanpa Anak Di Sisi

Selepas pemergian Nur Ramadhani, ibu ini tetap perlu melalui rutin berpantang sebagaimana ibu bersalin yang lain. Perlu juga ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, “pergi klinik cukup 35 hari, sayu tengok orang timbang baby. Aku timbang diri sendiri. Allah.. kuatkan lah hatiku ini.”

Ibu Alami Bengkak Susu

Malah, ketika itu ibu ini juga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat dan rawatan akibat bengkak susu.
Susu badan terlalu banyak, jadi bengka sokmo. Tak tahan.. Allahu. Terpaksa gi kecemasan. Koho pam koho banyok. Tapi nak pam jadi tak leh tahan sebok. Macam-macam tubik dalam pale. Harap dapat la ubat keringkan susu.. Allah

Biar pun pemergian Nur Ramadhani sudah sebulan lebih berlalu, momen terakhir bersama bayinya itu tetap menjadi kenangan yang sukar luput dari ingatan.

Anak anak yg masih perlukan kasih belaian ibu Dhiya dan Dania

Andai Semua Ini Hanya Mimpi

“21 Jun, genap sebulan hari ini Ramadhani pergi. Sekejapnya masa berlalu. Andai semua ini hanya mimpi, Allah.. Dada ini terlalu serbak RINDU, RINDU yang tak pernah rasa sebelum ni.

Ya Allah, rindu tak tahu nak ungkap. Mengandungkan 9 bulan. Lahir ke dunia 2 hari dan pergi begitu mudah. Hanya mampu peluk cium baju terakhir arwah. Semoga tenang di sana sayang mama. Al Fatihah

Bagaimana pun, ibu ini tetap perlu kuat menghadapi kenyataan demi dua orang cahaya mata, Dhiya dan Dania yang masih perlukan perhatiannya.

MW : Al Fatihah.. semoga si comel Allahyarham Nur Ramadhani Solehah ditempatkan di taman-taman syurga bersama orang-orang yang beriman dan ibunya terus kuat berdepan ujian hebat ini.

Sumber : mingguanwanita

Previous article‘Ada Orang Tuntut Hutang RM60,000’ Akhirnya Boy Iman ‘Tergelak’ Dpt Tahu Diisytihar Muflis
Next articleAnak Minta Polis Penjar4kan Ibu Hanya Kerana ‘Sebuah Motosikal.’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here