Dukun TikTok lukis makhluk dipercayai sihir Ustaz Kazim, ini respon Dai’ Fuad

Tanah air digemparkan dengan berita pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias yang didakwa disihir oleh seseorang sehingga menyebabkan kesihatan beliau merosot dan terjejas dengan amat teruk.

Sebelum ini, Ustaz Kazim pernah muncul dalam satu rancangan realiti TV terkenal dan mendedahkan bahawa dirinya sedang disihir oleh seseorang.

Ustaz Kazim berkata, sakit yang dialami olehnya amat dahsyat dan sekaligus merayu jika ada sesiapa yang boleh membantu beliau untuk menyembuhkan penyakit misteri yang dialaminya.

Ustaz Kazim derita sakit misteri, rasa sakit, gelisah

Kemudian tular pula satu video di satu laman sosial dimana seorang lelaki yang mengaku dirinya dapat melihat perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar orang biasa.

Lelaki yang terkenal dengan akaun TikTok @NeoPawangDiraja mendakwa, beliau dapat melihat makhluk yang dikatakan dihantar kepada Ustaz Kazim untuk memudaratkan kesihatan Ustaz.

Justeru beliau melakar sebuah lukisan di atas kertas menunjukkan beberapa lembaga dan individu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan menyihir Ustaz Kazim Elias.

Mendengar dan melihat perkara itu, Dai Fuad Mokhtar telah memberikan pendapat beliau tentang perkara itu.

Syirik ke tak syirik perbuatan ini?

Menurut Dai Fuad, beliau mempersoalkan kaedah yang digunakan dukun terbabit untuk melihat perkara-perkara ghaib tersebut.

“Dimanakah sanat perubatan yang beliau ambil sehinggakan beliau boleh melihat dan melukiskan lembaga yang menyihir Ustaz Kazim? Melukis yang tak boleh blah tu..”

“Dah macam kelas seni. Macam-macam jenis lukisan yang boleh dipersembahkan. ALLAH menyatakan di dalam Al-Quran, tidak ada satu orang pun yang boleh tahu apakah yang ada padanya yang ghaib sama ada di langit atau dibumi kecuali ALLAH S.W.T.”

Ujarnya lagi, ilmu ghaib hanyalah milik ALLAH dan dukun tiada kuasa untuk menentukan sesuatu perkara ghaib..

Lihat video di bawah :

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Dai Fuad dan berpendapat ramai orang Malaysia telah diperbodohkan oleh pawang tersebut terutamanya warga emas.

Antara komen yang ditinggalkan warganet :

Apa pendapat anda? Jangan lupa tinggalkan komen dan share ya gaissss !

Sumber : TikTok Dai Fuad Mokhtar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*