Home Petua Tips Dulu orangnya pemalu, kini siswa Universiti Al-Azhar sibuk uruskan kerja amal di...

Dulu orangnya pemalu, kini siswa Universiti Al-Azhar sibuk uruskan kerja amal di Mesir – “Paling tak terkata presiden universiti turun padang” –

102
0

SUATU ketika dahulu pemuda berusia 22 tahun itu seorang yang pemalu dan tidak pernah menonjol dalam kalangan rakan-rakannya malah suaranya hanya akan didengari apabila ditanya sesuatu.

Sifat pemalu dan kurang keyakinan diri membuatkan dia tidak mempunyai banyak memori atau pengalaman menarik ketika zaman persekolahannya.

“Dulu sepatah orang tanya, sepatah juga saya akan jawab termasuk hendak memulakan sesuatu perbualan, saya memang tak pandai. Saya sentiasa berasa kurang keyakinan diri apabila berada dalam kalangan rakan-rakan.

“Masa sekolah juga, saya tidak begitu aktif apatah lagi hendak memegang apa-apa jawatan,” katanya.

Dahulu orangnya pemalu tetapi kini menakluk dunia dengan kerja-kerja kebajikan.

Tetapi itu semua tinggal sejarah, kini Muhammad Amirul Dharma Ismail bukan sahaja sedang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah tetapi dia juga bertindak sebagai Pengurus Cawangan MyFundAction Middle East.

Berkongsi mengenai tanggungjawab digalasnya, Muhammad Amirul memberitahu antara tugasnya adalah membantu golongan memerlukan di negara Timur Tengah.

“Saya sangat bersyukur Allah ubah sikap saya yang dulu kepada sekarang. Kini saya sudah tidak malu dan jawatan diamanahkan membuatkan saya perlu tangkas berfikir untuk membantu golongan memerlukan.

Rasa penat itu terbayar apabila semua apa kami rancangkan dapat terlaksana… Tidak mengapa, biar penat di dunia, asalkan di akhirat nanti kita berehat di syurga.

MUHAMMAD AMIRUL DHARMA ISMAIL

PENUNTUT UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

“Saya bersama pasukan akan buat perancangan dan terus bertindak sekiranya mendapat maklumat dan laporan mengenai golongan memerlukan di Timur Tengah.

“Tugas ini sangat mencabar sebenarnya dan kami perlu segera tampil dengan tindakan tepat bagi menyampaikan bantuan,” ujarnya.

Amirul bersama pasukan MyFundAction Middle East.

Jelas Muhammad Amirul, meskipun usianya masih muda tetapi dia berbangga dapat menyumbang kudrat dan menguruskan projek-projek besar semata-mata untuk membantu masyarakat dunia.

Kebiasaannya kata anak kelahiran Johor ini, dia bersama pasukannya akan membantu dari segi makanan, kewangan, latihan dan sebagainya kepada golongan ini dan menggunakan waktu lapang dan hujung minggu untuk menjalankan projek tersebut.

“Jujurnya memang penat kerana perlu bijak menguruskan masa untuk menghadiri kuliah, kelas tambahan, turun operasi dan menguruskan pasukan saya.

“Tetapi, rasa penat itu terbayar apabila apa yang kami rancangkan terlaksana… Tidak mengapa, biar penat di dunia, asalkan di akhirat nanti kita berehat di syurga,” katanya.

MyFundAction Middle East memberi sumbangan kepada 500 penuntut Universiti Al-Azhar bersempena Ramadan.

Sementara itu, pada Ramadan tahun ini, Muhammad Amirul memberitahu hampir setiap hari dia dan rakan-rakannya dari Youth of Strength and Happiness’ (YOSH) Middle East and Africa akan turun padang mengedarkan makanan berbuka puasa secara percuma menerusi program Special Iftar Ummah.

Sepanjang Ramadan, lebih 5,464 pek makanan telah diedarkan kepada golongan seperti penuntut universiti, anak yatim dan masyarakat Mesir yang memerlukan.

Lebih mengharukan kata Muhammad Amirul, program itu mendapat pelbagai sokongan badan bukan kerajaan (NGO) pelbagai negara termasuk Mesir dan Malaysia.

Presiden Universiti Al-Azhar sendiri turun padang!

Bercakap mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Muhammad Amirul memberitahu dia langsung tidak menyangka program diuruskannya pada 5 Mei lalu turut mendapat perhatian dan sokongan daripada Presiden Universiti Al-Azhar iaitu Dr. Muhammad Hussien Mahrasawy.

Ibu bapa pendorong terbesar Muhammad Amirul dalam kerja-kerja kebajikan dilakukannya.

Jelasnya, Dr. Muhammad Hussien sendiri turun padang menyokong program mengedarkan pek makanan kepada 500 penuntut universiti itu selain disertai Naib Presiden bahagian Pengajian dan Penyelidikan Pascasiswazah, Dr. Mahmud Sodiq dan lebih 15 pengamal media di Mesir.

“Memang saya langsung tak sangka apabila presiden universiti sendiri sudi turut padang dalam program tersebut, syukur tak terkata.

“Mereka ini orang-orang penting di Mesir dan universiti kami tetapi masih meluangkan masa untuk projek amal kebajikan yang kami uruskan dan ia satu penghormatan dan pengalaman luar biasa sepanjang berada di sini,” katanya.

Muhammad Amirul memberitahu dia sangat bersyukur Allah menghadirkan orang-orang hebat dalam hidupnya yang banyak membimbing dan memperbaiki dirinya yang lemah termasuk tunjuk ajar daripada Dr. Mohd Hizul Azri Md. Noor sebagai Pengasas dan Penasihat MyFundAction.

Pengalaman itu juga bukan sahaja mengubah personaliti dirinya tetapi menyedarkannya tentang kepentingan ummah di seluruh dunia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleMenteri Kata Selepas Ini Jika Ada Golongan Kayangan Langgar SOP, ‘On The Spot’ Mereka Akan Kena..
Next article[VIDEO] “Menate jaga” Cik B Buka Pintu Pagar Sendiri Waktu Hujan, DSV Mengamvk Guard Tak Buat Kerja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here