Mula berhijab sejak lapan tahun lalu, pelakon Yatt Hamzah mengakui pernah merasa bangga menayang aurat kepada umum ketika di awal pembabitannya dalam industri hiburan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Yatt berkata dia kini malu walaupun sehelai rambut kelihatan dan meluahkan rasa syukur dikurniakan hidayah daripada Allah.
BACA: Yatt Hamzah Hamil Kali Keenam Di Usia 40 Tahun
Yatt turut menitipkan bahawa Ramadan adalah bulan keinsafan dan hidayah Allah perlu dicari dan bukannya hanya perlu menunggu ianya datang secara tiba-tiba.
Difahamkan, Yatt kini sedang sarat hamil anak kelima dan usia kandungan sudah mencecah enam bulan. Sebelum ini Yatt pernah keguguran pada tahun lalu.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha kini berusia setahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/