Adik Nurul Asma Alya dan emaknya menangis ,doa nya dimakbulkan.Apa Yg Ustaz Ebit Lew Buat

TUmpat :Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya

Allah doa saya dikabulkan.

Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat cgpa 3.95.

Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).

Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan

mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free

setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.

 

Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak

dan bantu ramai orang diluar sana yer

Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan

menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang

melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah.

sumber UEL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*