Home Petua Tips Ernie Zakri Syukur Syamel Tak Cerewet, Masak Sendiri Kalau Nak Makan Sesuatu

Ernie Zakri Syukur Syamel Tak Cerewet, Masak Sendiri Kalau Nak Makan Sesuatu

192
0

Pertama kali menyambut bulan Ramadan bersama, penyanyi Ernie Zakri berkata meskipun jadual kerjanya padat namun dia teruja dapat bersahur dan berbuka puasa bersama suami, penyanyi Syamel.

Ernie berkata dia melalui perubahan ketara dari segi suasana memandangkan tahun sebelum ini hanya menyambut Ramadan bersama ibu bapanya sahaja.

BACA: Ernie & Syamel Malu-Malu Disergah Bermanja Di Set Penggambaran

“Boleh kata sepanjang bulan Ramadan ini jadual saya sangat-sangat la padat. Bukan saya seorang sahaja, tapi Syamel pun sibuk juga. Kami sedang sibuk nak promosikan lagu duet kami, Goodbye Hello.

“Untuk Ramadan kali ini, perubahan yang ketara itud ari segi suasana la. Saya dapat berbuka puasa dan bersahur bersama suami. Kadang kala kami berbuka di rumah keluarga saya atau mentua,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ernie berkata dia masih belum mempunyai masa untuk masak juadah berbuka disebabkan kesibukan kerja, namun bersyukur dapat menunaikan terawih bersama suami biarpun bukan setiap hari.

“Setakat ini saya masih belum ada kesempatan untuk masak makanan berbuka puasa. Tapi ada beberapa perkara yang saya buat cuma tidak menjadi rutin harian.

“Tapi saya gembira sebab suami saya bab makan, dia tidak cerewet dan boleh makan apa sahaja. Kalau dia nak makan sesuatu, dia akan masak sendiri.

“Untuk terawih pula, saya sempat la lakukan bersama suami dan keluarga. Cuma kami tak dapat la nak menikmati terawih bersama setiap hari disbebakan kerja. Tapi Alhamdulillah, dapat juga merasa,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous article“Antara Dva D4rjat” Syed Saddiq Pers0al Abang Burger Dik0mpaun RM50,000
Next article“Kuatnya TokTi, Bukan Bersalin Caesar Ke…?” – Gelagat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sibuk Menguruskan Majlis Tahnik Dipuji Wargamaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here