Home Petua Tips ‘Contohi Arwh Yg Suka Menderma Tapi Tak Pernah Tunjuk Sampai Isterinya Pun...

‘Contohi Arwh Yg Suka Menderma Tapi Tak Pernah Tunjuk Sampai Isterinya Pun Tak Pernah Tahu’ -Fasha Sandha

233
0

Aktres Fasha Sandha ada merakamkan ucapan al-Fatihah buat kesekian kalinya kepada rakan artis, Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah pun pergi mengadap Illahi pertengahan Februari lalu.

Sambil memuat naik foto balu, penyanyi Bunga Citra Lestari bersama anaknya, Noah Aidan Sinlair, bintang P4tah Sayap Bertongkat Paruh itu turut berpesan kepada ramai agar terus berbuat baik sesama kita.

Fasha, pada masa sama turut meminta agar mencontohi sikap murni arwh yang dipercayai suka menderma tetapi tidak ditunjuk-tunjuk.

“Al-Fatihah Buat yang telah pergi meninggalkan kita.

Untuk kita yang masih hidup, teruskan berbuat kebaikan, kerana berbuat baik sesama semua yang hidup dimuka bumi ini adalah indah.

“Contohi kebaikan yang dibuat arwh Yang suka menderma tetapi tidak ditunjuk tunjuk, sehingga kan isterinya pun tidak pernah tahu.

“Sebaiknya, Pergi ke rumah anak yatim atau pergi ke rumah fakir miskin, tak perlu dirakam, kerana biarlah kebaikan kita, hanya Malaikat yang catit dan Allah yang tahu.

Semoga segala kebaikan kita diterima olehNya,” tulis Fasha.Malah, ibu kepada dua cahaya mata yang sedang menantikan kelahiran anak ketiga ini juga turut kagumi sikap profesional yang ada pada isteri arwh.

“Saya kagum dengan sifat professional yang ada pada Bunga. Masih berduka, tapi komitmen tetap diteruskan.

Inilah penghibur yang sebenar.

“Biar diri sedang berduka, tetapi tetap mampu menghiburkan orang lain, Allahuakbar., kuat nya hati seorang isteri.

“Semoga Allah terus memberikan kekuatan pada mereka berdua untuk melalui kehidupan tanpa Arwh Ashraf.

Salam Jumaat, Al Fatihah,” titip Fasha.

Sekadar imbasan, pelakon kacukan Malaysia-England yang turut mencipta nama di Indonesia itu meningg4l dunia pada

usia 40 tahun, dipercayai akibat ser4ngan jantung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MH

Previous article‘Rupanya Sepanjang Saya S0lat Dia Perhatikan Beg Saya,Khidmat Apakah Ini?Akhirnya Tukang Cuci Ini Dpt Balasan Setelah Memuliakan Org Lain
Next articleDisebalik Menegur Safawi TMJ Akhirnya Berkata ‘ Safawi Seorang Top Player Dan Sebahagian Keluarga JDT’ Buat Netizen Terpegun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here