Home Petua Tips Fazura, Fattah Amin Teruja Sambut Aidilfitri Pertama Bersama Fatima

Fazura, Fattah Amin Teruja Sambut Aidilfitri Pertama Bersama Fatima

86
0

Sambutan Syawal tahun ini tentu paling bermakna buat pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang pertama kali meraikan bersama puteri mereka, Nur Fatima Aisya.

Berkongsikan perkembangan terbaru anaknya, Fazura berkata Fatima baru sahaja tumbuh gigi dan sangat manja sejak akhir-akhir ini.

BACA: Baru Berapa Jam Dilancarkan, Tudung Fazura Habis Dijual

“Sepanjang Ramadan, saya banyak menghabiskan masa di rumah walaupun terikat dengan banyak kerja di luar yang memerlukan komitmen daripada saya.

“Anak kami, Fatima kebetulan baru sahaja tumbuh gigi, jadi saya teruja layan karenah dia yang sejak akhir-akhir ini yang menjadi lebih manja dan mahukan perhatian,” katanya.

Kata Fazura lagi, meskipun teruja menyambut Syawal pertama bersama anak namun dia masih bersederhana dalam meraikan hari raya.

“Ini adalah raya pertama buat Fatima, jujurnya saya dan suami memang teruja nak raikan Syawal bersamanya.

“Bagaimanapun persiapan kami hanya biasa-biasa sahaja dan lebih kepada anak. Untuk kami sendiri, kalau ikutkan tak buat baju raya pun tak apa.

“Alhamdulillah rezeki Fatima bila kawan-kawan pereka fesyen saya pun teruja nak tengok dia beraya bila masing-masing ada buat baju untuk dia,” katanya.

Bagaimanapun, Fazura akui terkilan tidak dapat membawa Fatima pulang beraya di kampung disebabkan larangan rentas negeri.

“Bila tak dapat balik kampung, memang agak terkilan juga kerana saya dan suami rancang nak bawa jumpa neneknya dan saudara-mara di kampung. Malah nenek sebelah bapa suami juga tidak sempat bertemu Fatima kerana baru sahaja meninggal baru-baru ini.

“Saya juga rindu nak ziarah kubur arwah ayah dan jalani rutin yang selalu kita lakukan, tetapi melihatkan keadaan sekarang saya rasa larangan rentas negeri itu adalah satu keputusan yang terbaik buat semua,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous article“Kadang-Kadang Saya R4sa Neelofa Ni Jen1s Lap4r Perhatian, Sengaja Cari Mas4lah”
Next articleSiti Nurhaliza, Datuk K Mohon Maaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here