Home Petua Tips Fazura Lancar Koleksi Tudung, Ramai Tak Sabar Nak Beli

Fazura Lancar Koleksi Tudung, Ramai Tak Sabar Nak Beli

167
0

Setiap kali bulan Ramadan, ramai selebriti mengambil keputusan untuk berhijab demi menghormati bulan mulia ini. Antara yang sering berhijab setiap tahun, pelakon popuar Nur Fazura.

Namun, tahun ini Fazura bukan sahaja tampil berhijab tetapi turut melancarkan koleksi tudung dibawah jenama fesyen miliknya Fazbulous.

BACA: Komen Jangan Rentas Negeri, Fazura Nafi Sindir Sesiapa

Dilancarkan hari ini jam 3 petang, menerusi satu entri Fazura berkata tudung tersebut diperbuat daripada kain ‘cotton’ serta mempunyai mutiara eksklusif dengan namanya Jauharah.

Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta memberikan sokongan untuk koleksi terbarunya itu.

Malah, ramai tidak sabar untuk dapatkan koleksi tudung Fazura itu. Tidak kurang juga ada yang mahu membeli beberapa helai dengan warna berbeza.

Hasil tinjauan mendapati, harga sehelai tudung tersebut bermula RM25 hingga RM39 sahaja. Memang murah dan berbaloi sangat, mesti laku habis tudung Fazura.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articleJari Tak Sempurna Sejak Lahir, Gadis Ini Tetap Tabah & Bersyukur
Next article“Walaupun Lofa Dah Berpunya, Abang Tetap Support Lofa”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here