Home Petua Tips Foto Wany Hasrita Dijadikan Tempat Lepas N4fsu

Foto Wany Hasrita Dijadikan Tempat Lepas N4fsu

109
0

Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki melakukan aksi menjijikkan di hadapan foto penyanyi Wany Hasrita.

Mengakui tidak terkejut dengan video tersebut, Wany berkata kata dia pernah perasan gambar tidak senonoh seperti itu dikongsikan di laman Tumblr.

BACA: Wany Hasrita Reda Jika Kekasih Diambil Orang

“Jika diikutkan, saya mahu mendiamkan diri sahaja dan tidak mahu membesarkan perkara ini kerana saya malu. Siapa tak malu muka kita dibuat video tidak senonoh. Sebelum ini, ada banyak dalam aplikasi Tumblr, pihak tidak bertanggungjawab ‘superimposed’ gambar artis dengan perbuatan jijik.

“Dan, jujurnya, saya tidak mampu nak buat apa-apa terhadap perkara ini kerana ia berkaitan dengan kelakuan sesetengah manusia.

Wanita berkata dia menerima banyak mesej berkenaan video itu dan meminta orang ramai melaporkan video tersebut kepada pihak Twitter agar segera diturunkan.

“Alhamdulillah, Twitter sangat membantu dalam soal ini, di mana laman ini sudah menurunkan video berkenaan dan akaun yang memuat naikkan video ini,” katanya.

Tetap tenang berdepan perkara itu, namun Wany akui sedih kerana ianya membabitkan maruahnya sebagai wanita Islam.

“Apabila tengok gambar saya sebegitu mestilah saya sedih dan mempersoalkan kenapa ada pihak yang sanggup melakukannya, apatah lagi pada bulan puasa. Banyak perkara yang bermain dalam pemikiran hingga saya berfikir mungkin salah saya memuat naik gambar.

“Jadi, saya mengambil langkah, bukanlah tidak peduli atau reda, tetapi bersuara supaya orang lain boleh melaporkan. Dan syukur ramai membantu yang melaporkannya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous article“Jurur4wat Mas0k lCU Selepas D0s Kedua Sin0vac,” KKM Tvkar Diagn0sis?
Next article“Tak manis kata ceroboh… kami pergi 20 orang, bukan seorang” – Aliff Syukri dah hubungi A. Aida minta kebenaran guna rumah tapi tak jawab –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here