Home Petua Tips Kompaun RM10 Ribu Ramai Tak Puas Hati. Sekali Ismail Sabri Jelaskan Sepenuhnya

Kompaun RM10 Ribu Ramai Tak Puas Hati. Sekali Ismail Sabri Jelaskan Sepenuhnya

230
0

KUALA LUMPUR: Kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 terpakai untuk semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini bermakna mereka yang berada di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) boleh dikenakan kompaun RM10,000 sekiranya melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawasan berkenaan.

 

“Tapi (orang awam) harus faham, tindakan polis mengeluarkan kompaun itu berdasarkan Ordinan Darurat yang dilaksanakan dan ia adalah untuk keselamatan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bagi pembangunan projek Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Satria Residensi, Sungai Besi pada Sabtu.

Ismail Sabri sekali lagi menegaskan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah kompaun yang dikenakan, sebaliknya mereka yang menerima notis kompaun tersebut boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah.

Mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021, notis kompaun yang dikenakan bagi pelanggaran SOP PKP ialah RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac, manakala syarikat yang melakukan kesalahan sama boleh dikompaun RM50,000.

Kesalahan berulang kali

Kerajaan memberi jaminan kompaun maksimum RM10,000 bagi mereka yang melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan digunakan mengikut budi bicara dan tidak akan menganiaya rakyat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kompaun maksimum itu adalah untuk mereka yang melakukan kesalahan berulang kali dan kategori kesalahan ingkar yang berat.

“Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara) juga dah beritahu kalau setakat tidak pakai mask (pelitup muka), tiada penjarakan fizikal itu tidak akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000, rakyat perlu memberikan kepercayaan bahawa PDRM akan menggunakan akta tersebut untuk menjaga rakyat, bukan untuk menganiaya, ” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Selasa.

Pada 25 Februari lalu, dilaporkan individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 akan berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac ini.

Sumber Bernama , sinarharian

Previous articleUmur Baru 8 Tahun Tp Aluanan Azannya Macam Kat Mekah.Ustaz Terpukau “Dia Menangis Dpt Tempat KeDua”
Next articleEmpat Individu Di K0mpaun RM10 Ribu L4nggar SOP, Individu Yg Pertama Tu Mmg Tak Disangka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here