Pertama kali berlakon bersama dalam satu drama selepas mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Hannah Delisha teruja bergandingan suaminya, Imam Shah yang juga pelakon Singapura.
Hannah berkata mereka pernah digandingkan sebelum ini dua tahun lalu di Singapura. Namun, genre drama kali ini berbeza dengan drama mereka berlakon sebelum ini.
BACA: Reda Isu Keluarga, Suami Kongsi Video Hannah Delisha
“Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura.
“Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat ini merupakan drama genre berbeza daripada yang kami pernah berlakon sama sebelum ini.
“Sangat teruja dengan drama ini, sila maafkan muka penat kami (dalam drama ini). Menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan sangatlah mencabar,” katanya.
Menerusi Instagram, suaminya ada memuat naik foto babak lakonan mereka. Perkongsian Imam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak sabar untuk menyaksikan gandingan suami isteri itu.
Hannah dan Imam diijabkabulkan pada 18 Februari di Singapura selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/