Home Petua Tips ‘Dapat Upah Hanya RM180 Seorg’ Pelakon Iklan dibebaskan atas alasan pekerja...

‘Dapat Upah Hanya RM180 Seorg’ Pelakon Iklan dibebaskan atas alasan pekerja sambilan.Dalang Sudah Dikenalpasti

443
0

LIMA pelakon dan seorang ejen pencarian bakat iklan raya yang mempromosikan jv.di secara dalam talian dibebaskan pada Sabtu.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilaporkan menolak permohonan polis untuk menahan reman keenam-enam individu berkenaan atas alasan bahawa kesemua mereka adalah pelakon bebas dan bukan kakitangan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan video muzik (MV) tersebut.

 Bagaimanapun Ketua Po.lis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis berjaya mendapatkan perintah reman selama empat hari bagi dua suspek dalam kes tersebut bermula Sabtu hingga Rabu depan.

 

TONTON VIDEO PENJELASAN PELAKON

Salah seorang pelakon menjelaskan situasi sebenar di pihak mereka.

 

“Kita tak boleh menahan reman pelakon-pelakon itu, mereka hanya pekerja sambilan. Peguam juga memberi jaminan bahawa mereka akan beri kerjasama sekiranya diperlukan.

“Sebenarnya mereka ini hanya dibayar sebanyak RM180 seorang.

“Dua individu yang direman adalah kakitangan produksi iaitu pengarah dan jurukamera yang menghasilkan video itu,” katanya kepada mStar.

Da.lang iklan kita tengah kesan, buat masa ini polis sedang jejaki individu bernama Loh Kee Hoe berusia 35 tahun.

Mohamad Zainal Abdullah
Ketua Po.lis Daerah Dang Wangi

Mereka disiasat mengikut seksyen 504 Ka.nun Keseksaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Ju.di Terbuka 1953.

Tambah Mohamad Zainal kini pihaknya sedang giat mengesan dalang disebalik penghasilan MV yang menggunakan tema sambutan Hari Raya sebagai modal mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

“Dalang iklan kita tengah kesan, buat masa ini polis sedang jejaki individu bernama Loh Kee Hoe berusia 35 tahun.

 

Mohamad Zainal menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis.

“IPD Dang Wangi juga sedang siasat mengenai satu lagi video iklan ju.di raya yang tersebar di media sosial hari ini.

“Kami percaya ia dihasilkan oleh pihak produksi yang sama… cuma pelakon saja berbeza,” katanya.

Hingga kini terdapat dua MV iklan ju.di menggunakan tema Aidilfitri tersebar di media sosial hingga mencetuskan kebimbangan ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: mstar

Previous article“Pasaii apa nak brcerai,org tu nak Zain ka” Che Ta N4fi K0nonnya Di Ambang Percer4ian
Next article‘L4nggar SOP’ Pihak P0lis Cdg Kmpaun Pd Neelofa Dan Suami Sekali Timbalan Pndkwa Raya Bvat Keputusan Macam Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here