Home Petua Tips Sidang parlimen hari ini sampah dan tidak berguna – Xavier Jayakumar Tuju...

Sidang parlimen hari ini sampah dan tidak berguna – Xavier Jayakumar Tuju kat Sape Tu

464
0

Bekas perdana menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usul undi tidak percaya yang dicadang beliau terhadap perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tujuannya adalah untuk menyelamatkan negara dari seseorang yang tidak berbuat baik untuk negara.

Tambahnya lagi, cadangan usul tidak percaya adalah hak setiap ahli parlimen, tanpa mengambil kira usul itu akan berjaya atau ditewaskan.

Walau bagaimanapun, beliau berharap usul tersebut akan disokong apabila Pakatan Harapan mendedahkan salah laku kerajaan.

“Untuk mencadang usul tidak percaya adalah hak setiap ahli parlimen, tanpa mengambil kira sama ada usul tersebut akan berjaya atau dikalahkan.

Tetapi dalam kes ini kami merasakan apabila kami mendedahkan salah laku kerajaan walaupun mungkin ada beberapa orang yang berkata kami tidak mempunyai majoriti.

“Kami menjangkakan pertimbangan yang baik akan berlaku di kalangan ahli parlimen supaya mereka boleh menyokong usul yang bertujuan untuk menyelamatkan negara dari seseorang yang tidak berbuat baik untuk negara ini.”

Terdahulu, Tun Dr Mahathir berkata, tujuan usul undi tidak percaya itu dicadangkan adalah kerana hilang kepercayaan terdahap Muhyiddin.
Ini kerana Muhyidin menukar pendirian parti tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM

“Perdana Menteri yang ada sekarang ini telah membuat janji untuk menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dia tukar pendirian tanpa dirujuk kepada parti, tanpa buat keputusan daripada parti.

“Walaupun ada usul untuk (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) keluar daripada Pakatan Harapan (PH), tetapi tidak pernah dibincang dalam Majlis Pimpinan Tertinggi berkenaan kerjasama dengan Perikatan Nasional.

“Dia (Muhyiddin) buat suka hati dia sahaja, sebab itu kita tidak ada kepercayaan terhadap Presiden Parti Bersatu ini,”

Ahli parlimen PKR Kuala Langat, Dato’ Dr. Xavier Jayakumar menyifatkan sidang parlimen hari ini sebagai sampah dan tidak berguna.

Beliau yang juga bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu berkata, ahli-ahli parlimen cuma berada sejam sahaja di dewan rakyat untuk mendengar titah yang DiPertuan Agong atas alasan Covid-19.

“Kami adalah suara untuk semak dan imbang kerajaan. Tetapi kerajaan ini hari ini, parlimen hari ini adalah sampah, sidang parlimen ini adalah tidak berguna.

Kita hanya akan berada di sana untuk satu jam cuma untuk dengar titah Yang Di Pertuan dan kemudian kami diarahkan untuk pulang kerumah. Semua ini kerana dalih Covid-19. “

Tambah beliau lagi, kerajaan sekarang takut untuk berhadapan dengan ahli parlimen pakatan harapan kerana akan ada undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan sekarang takut untuk berhadapan dengan kami, mereka takut akan ada undi tidak percaya oleh (MP) Langkawi, Tun Dr Mahathir.”
Semuanya adalah kerana perkara ini. Bukan perkara lain.

“Sandiwara ini yang dijalankan oleh beberapa pengkhianat dan l4nun.”

“Kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat dimana mereka itu telah merampas kerajaan secara paksa dalam cara yang lain.”

Mengh1na parlimen

Mengh1na parlimen hari ini adalah seolah-olah mengh1na titah BAGINDA YDPA hari ini…..“Kami adalah suara untuk semak dan imbang kerajaan. Tetapi kerajaan ini hari ini, parlimen hari ini adalah sampah, sidang parlimen ini adalah tidak berguna.

Kita hanya akan berada di sana untuk satu jam cuma untuk dengar titah Yang Di Pertuan dan kemudian kami diarahkan untuk pulang kerumah. Semua ini kerana dalih Covid-19. ” – Dato’ Dr. Xavier Jayakumar

Posted by Tok Singa page on Monday, May 18, 2020

Terdahulu, Yang DiPertuan Agong dalam titahnya menyeru ahli politik supaya tidak mengheret negara ke kancah politik yang tidak menentu ketika negara dan rakyat sedang melawan pandemik Covid-19.

“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu.

Ketika ini rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik Covid-19.

Kerana itulah kerajaan beta juga telah memutuskan majlis mesyuarat pertama yang berlangsung pada hari ini hanya mempunyai satu urusan majlis sahaja iaitu titah beta sempena pembukaan penggal Parlimen yang baru ini,”

 

Baginda turut menceritakan kronologi pelantikan Muhyiddin Yasin sebagai perdana menteri ke lapan yang bermula dengan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir.

“Pada 24 Feb 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan perdana menteri Malaysia yang ke 7.

Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, beta telah terima perkenan menerima mengadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. – Titah Yang Dipertuan Agong

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : budaksitu

Previous articleJadi Trending Di Media Sosial, Pemuda Kongsi Maksud “Kerajaan Beta” Digunapakai YDPA Hari Ini
Next articleBagi Yg Dah Berjaya Rentas Negeri Balik Kampung, Jangan Terkejut Kalau Polis Datang ‘Beraya’ Ye

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here