Home Petua Tips “Semoga Dia Bahagia so why n0t” Luahan Padu Sharnaaz Ahmad Slps Bekas...

“Semoga Dia Bahagia so why n0t” Luahan Padu Sharnaaz Ahmad Slps Bekas Isteri Dia Didkwa Akan Bernikah Dgn Engku Emran Hari Ini

296
0

Satu ketika demi anak Jebat Jayden usaha Sharnaaz untuk memperbaiki hubungannya dengan bekas isterinya harus dipuji walau dengan apa cara sekalipun.

Namun selang beberapa lama akhirnya mereka berdua sepakat untuk sama sama menjaga Jebat dan mereka tak kembali bersatu.

Apakan daya kita merancang Tuhan menentukan.

Tetapi soal jodoh sukar diramalkan pejamcelik pejamcelik nampaknya macam bekas isteri Sharnaaz hampir menemui jodoh lain iaitu dengan Engku Emran

dan hangat diperkatakan sekarang.

 

 

Semuanya bermula apabila kakak kepada personaliti popular, Neelofa itu kerap berkongsi gambar dan video memperlihatkan mereka berada di satu lokasi yang sama.

Ramai percaya Noor Nabila dan bekas suami Erra Fazira itu kini dilamun cinta apatah lagi beberapa entri dikongsikan Engku Emran di Instagram seakan mengiyakan hbngan mereka.

Namun sejak semalam, gosip itu dikatakan semakin bertiup kencang.

Ia susulan Noor Nabila yang juga bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu didkwa bakal diijabkabulkan dengan Engku pada Jumaat (hari ini).

Mengulas mengenai perkara itu, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.

” Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin).

” Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.

” Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti,

” InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa.

Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.

” Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia.

” Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya.

Sharnaaz berkhwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan bercrai pada 9 Julai tahun lalu secara hkam.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah.

Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rmah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.

Sementara itu, semalam, Nabila dalam kenyataannya kepada HarianMetro baru-baru ini turut memohon supaya dia diberikan ruang peribadi berhubung dkwaan hbngan percintaannya dengan Engku Emran.

” Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik.

” Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.

Nabila berkata, dia belum bersedia untuk menceritakan secara terperinci kisah peribadinya kepada umum.

Katanya, apa yang penting ketika ini adalah untuk memastikan anak tunggalnya, Jebat Jayden dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan sempurna.

” Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya.

” Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Apapun sama-sama kita nantikan adakah betul mereka akan berkahwin hari ini seperti didkwa.

sumber : mstar

Previous article[V1DEO] Isteri Menangis Video Call Saat2 Tunggu Bersalin, Sedih Suami Tiada Di Sisi
Next articleTiada Lagi Ayahku. PeIawak Popular Achey Diuji Hebat Baru Shj KehiIangan Insan Tersayang Malam Tadi, AIfatihah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here