Home Petua Tips Hidap Masalah Kulit, Gadis Dikompaun RM1,500 Pakai Mask Bawah Dagu

Hidap Masalah Kulit, Gadis Dikompaun RM1,500 Pakai Mask Bawah Dagu

202
0

 

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pihak dikenakan kompaun kerana melanggar SOP sehingga netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan denda yang dikenakan.

Seperti seorang gadis ini dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan meletak pelitup muka di bawah dagu semasa sedang bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota.

Namun, gadis dikenali sebagai Nor Suzaily itu berkata dia bukan saja-saja berbuat demikian tetapi kerana mempunyai masalah kulit wajah sensitif dan gatal.

Difahamkan, gadis berkenaan baru sahaja habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan baru seminggu bekerja.

Kata Suzaily, dia mengalami mengalami masalah kegatalan yang sangat teruk di bahagian muka dan bertindak meletakkan pelitup muka di bawah dagu.

Namun, tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan dirinya dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.

“Bukan saja-saja ya kak buka mask. Muka saya memang dah gatal sangat dah. Ni gambar latest sekarang. Saya ni baru habis spm kak, kerja pun baru seminggu. Dari akak cakap macam ni better akak doakan jela rezeki saya ada lebih untuk bayar saman,” tulisnya.

Simpati dengan nasib menimpa gadis itu, rata-rata netizen memberi kata semangat dan bertabah dengan ujian tersebut.

Tidak kurang juga ada netizen mempersoalkan tidak bolehkah mengikut budi bicara dengan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kompaun.

“Ade org memang alahan pada kulit kalau pakai mask. Takziah untuk adik ni. Tabahla adik, kita dah hampir di penghujung garisan.

“Tak boleh ke pakai budi bicara sikit, dengar la penjelasan adik tu sikit. Tanya, kenapa pkai mask bawah dagu. Bertabahla adik, norma baru kan,” kata netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://gulapop.com/

Previous articleBaru Je Dijumpai, Luahan Anak Kru Kapal Selam KRI Naggala 402 Undang Sebak
Next articleNeelofa Mahu B4ntu Peniaga Burger Selesaikan B4yaran Komp4un

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here