” Cikgu. AIisa jual tisu dan kutip sede.kah lagi depan KFC.” tiba tiba message masuk buat seorg cikgu ni terperanjat dan sedikit mrh.
Mrah dan ger.m..demikian perasaan penulis ketika membaca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang kisah seorang anak kecil dipaksa meminta sede.kah oleh ibu kandung sendiri.
Berikut perkongsiannya;
MaIam ini aku mrah. Sangat mrah. Satu mesej masuk berbunyi,
Baca ayat tu, berdesing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.
Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.
” Kenapa AIisa jual tisu dan minta sede.kah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sede.kah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari?”
” Mak suruh.”
Pendek dia jawab sambil merenung meja.
Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini.
Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.
AIisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sede.kah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya.
Dapat duit menjual dan minta sede.kah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.
Aku geram. Aku mrah. Aku bengang. Bukan kat AIisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia.
Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini.
Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini akhirnya terpaksa patuh.
Ikutkan hati mrah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, han.tuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sede.kah jual tisu.
Mak dia pun satu hal juga. Pergunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sede.kah.
Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan.
Itu yang aku mrah sangat.
Malam ni aku bagi dua pilihan pada AIisa.
” Okey AIisa. Dengar sini. AIisa nak duduk dengan JKM?”
” Tak nak. AIisa nak duduk dengan ibu.”
” Jika tak nak, AIisa janji dengan cikgu jangan kutip sede.kah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar.
Jika cikgu dapati AIisa kembali kutip sede.kah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan AIisa kepada JKM.”
” Baik cikgu.”
Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok.
Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini.
Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula.
Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka.
Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti.
Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi.
Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu AIisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi.
Doakan agar urusan aku dipermudahkan ya!
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Sumber:FB cikgu Mohd Fadli Salleh