Home Petua Tips “Ifan Seventeen, Citra Monica Akhiirnya Disatukan Sebagai Suami Isteri..” Majlis Pernikahan Disiarkan...

“Ifan Seventeen, Citra Monica Akhiirnya Disatukan Sebagai Suami Isteri..” Majlis Pernikahan Disiarkan Secara Langsung

58
0

VOKALIS kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan selamat disatukan dengan kekasihnya yang juga model terkenal Indonesia, Citra Monica pada pagi Sabtu.

Menurut laporan Liputan6, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

Ifan sah menjadi suami kepada Citra dengan sekali lafaz dihadapan jurunikah, M Lubis di sebuah lokasi di Jakarta Barat, Indonesia.

Dalam majlis tersebut, Ifan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai AS$3,500 (RM14,500), emas seberat 40 gram, set cincin berlian dan kelengkapan solat.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu.

Keluarga restu perkahwinan Ifan dan Citra.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.

Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda.

Tragedi itu juga mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Lepasi Angka 9,000!” Malaysia Cat4t 9,020 Jngkitan Baharu, Tertinggi Sej4k C0vid-19 melanda negara
Next article“Pakai Gelang Pink!” Usop Tertek4n Kena Berkurvng, Stres Sampai Nak B0tak Kep4la

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here