- HIBURAN

‘Ingat Budak Lari Dari Hospital Bahagia Mana’ Rupanya Ayda Jebat Dan Gayanya Buat Netizen Tersedu

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan penyanyi comel lote, Ayda Jebat, sekali senyum sudah cukup membuatkan ramai yang terpikat. Lihat sajalah dimana-mana majlis pun, penampilannya sentiasa mencuri tumpuan.

Kalau selalunya kita sudah biasa melihat Ayda Jebat sentiasa kelihatan cantik, namun menerusi perkongsiannya di IG baru-baru ini, membuatkan ramai yang terkejut dengan penampilan pelakon kecil molek itu.

Budak tingtong mana berjoget tengah jalan tu?

Video yang dikongsikan oleh Ayda, memaparkan dia dengan keadaan yang tidak terurus, memakai seluar track dan berbaju lusuh berwarna biru sedang menari di tengah jalan, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bawa watak pesakit mental…

Rupa-rupanya penampilan selekeh adalah salah satu tuntutan watak dalam lakonan untuk drama terbarunya, di bawah penerbitan JS Pictures, berjudul Cindai.

Ingatkan budak lari hospital

Melihatkan gelagatnya yang bersahaja itu membuatkan ramai yang terhibur dan hampir tidak menyangka gadis comot yang menari itu adalah Ayda Jebat.

Ya Ampun kau dah kenapa joget gitu

Sempat lagi yer buat temberang tengah jalan

Dak ting tong comel tapi comot

Begitulah lumrah hidup menjadi pelakon, setiap watak yang diberi mestilah kena dituruti walaupun terpaksa menjadi selekeh dan comot, barulah para penonton dapat rasa ‘feel’ yang cuba dibawa dalam drama tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : ayda Jebat kredit : ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *